TIDAK dinafikan minuman berasaskan gula bukan sahaja sedap rasanya, malah menyegarkan. Namun bukan semua orang gemar menikmati minuman manis kerana mahu mengurangkan kadar pengambilan gula dalam kehidupan demi menjaga kesihatan. Antara cara paling mudah adalah dengan ‘mengosongkan’ minuman yang dipesan di kedai makan dengan meminta ia dibancuh tanpa gula atau susu. Nampak mudah untuk pelanggan membuat permintaan, tapi situasi menjadi rumit sekiranya terdapat peniaga atau pembancuh minuman memandang ringan kehendak pelanggan. Terdapat peniaga membancuh air minuman lebih awal. -Gambar hiasan Menerusi satu luahan di media sosial, seorang wanita memberitahu permintaannya supaya minuman yang dipesan dibancuh tanpa gula, tidak mendapat kerjasama daripada peniaga. Menurut wanita itu, peniaga berkenaan enggan melayan kehendaknya kerana minuman di kedainya sudah dibancuh lebih awal dengan campuran gula atau susu di dalam balang. “Ada sesetengah kedai tu, peniaga buat air siap-siap. Tapi bukan semua orang minum air yang dah ada gula tu. “Tahu itu memudahkan kerja peniaga, tapi tak memudahkan kami sebagai pengguna yang tak minum air yang peniaga dah buat siap-siap tu,” luahnya menerusi satu video yang dimuat naik. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan tunjuk pandai, maki hamun barista dapat Americano panas cawan kecil... Mujur gadis ini ‘cool’ walau kena jerkah! ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan minta tutup pintu tandas sebab geli nak makan... anak buat sepah, kotorkan sekeliling meja tak geli pula! Wanita itu berkongsi pengalaman ketika berkunjung ke satu premis yang tidak dinyatakan lokasinya sambil menambah, permintaannya itu ditolak peniaga. “Apabila peniaga dah letak gula siap-siap, kami dah tak boleh nak request air O. Saya pernah je cuba tanya, boleh ke nak order air kosong macam teh O kosong? “Peniaga kata tak boleh sebab dah buat siap-siap. Dia tak buat untuk seorang (pelanggan) punya minuman,” ujarnya. Minuman yang disiapkan lebih awal sudah dicampur dengan gula. -Gambar AZHAR MAHFOF/The Star Bagaimanapun, pelanggan wanita itu tetap memuji keenakan makanan di kedai tersebut. “Saya beritahu kat peniaga tu, saya suka makan kat kedai ni memang sedap. Memang best, saya suka datang. “Cuma satu je, air di kedai tu saya tak boleh minum. Saya terpaksa pesan sky juice (air kosong). Sedangkan kalau saya pergi kedai lain, saya akan order teh O (tanpa gula),” katanya lagi. Tahu itu memudahkan kerja peniaga, tapi tak memudahkan kami sebagai pengguna yang tak minum air yang peniaga dah buat siap-siap tu. PELANGGAN Terkilan dengan sikap peniaga terbabit, wanita itu memberi teguran agar pelanggan yang tidak mengambil minuman manis diberi pilihan. “Kalau nak memudahkan orang lain, letaklah signboard kecil beritahu ada pilihan untuk orang tak boleh minum air manis boleh order di kaunter. Beri pilihan kepada kami, kasihanlah sebab bukan semua minum air ada gula. “Mungkin ada peniaga tak tahu sebenarnya ada je orang tak minum air bergula. Kalau ada peniaga-peniaga buat macam ni, harap pertimbangkan apa yang saya kata,” katanya. Antara komen netizen. Di ruangan komen, perkongsian video tersebut meraih pelbagai pandangan netizen, termasuk perasaan tidak puas hati segelintir pihak dipercayai dalam kalangan peniaga terhadap pelanggan yang 'banyak songeh' (kerenah/ragam). “Orang yang berniaga je akan faham. Kita buat siap-siap supaya kerja jadi cepat. Bila lambat, pelanggan pula marah. Kalau nak request kosong, kita akan buat lain. “Senang cerita kalau sis tak nak minum macam tu, bawa air dari rumah sendiri. Teh O tu biasa mana-mana buat semua, tak ada satu. Bukan kedai tu ada seorang pelanggan je. “Banyak lagi kerja nak buat daripada nak layan benda-benda macam ni,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube