suria

“Pintu ni lagi buruk dari rumah tok aku!” - Wanita rancak buat video kutuk asrama adik akhirnya mohon maaf, tak tahu hal sebenar

Wanita tersebut (gambar kecil) membuat permohonan maaf kerana menularkan video asrama sekolah berkenaan.

KERANA pulut, santan binasa... kerana mulut, badan binasa.

Gara-gara membuat rakaman situasi asrama pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kelantan dan memuat naik di TikTok, seorang wanita akhirnya tampil memohon maaf susulan hantarannya mencetuskan kekecohan di laman sosial.

"Saya nak memohon maaf secara rela hati kepada pihak sekolah yang saya viralkan hari tu.

"Saya memasuki kawasan asrama tanpa izin, merakam video dan memuat naik video itu sehingga viral di TikTok," katanya dalam video permohonan maaf yang dimuat naik.

Wanita tersebut turut menjelaskan situasi sebenar asrama berkenaan dan mengakui kesilapannya yang menularkan video tanpa usul periksa.

ASRAMA 1

Tangkap layar daripada video mengenai suasana dalam asrama.

"Sebenarnya blok itu dah dikosongkan untuk proses pembaikan sistem pendawaian. Isu tandas yang saya kata kotor tu, sebab tandas tu pun dalam proses pembaikan juga

"Ada satu part yang saya sebut pasal bau kurang menyenangkan. Isu bau itu sebenarnya datang daripada longkang besar berdekatan sekolah dan longkang tu bukan dalam kawalan pihak sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah perangai sebenar housemate, suka melawa tapi hakikatnya pengotor! Pad penuh darah pun kumpul dalam bilik air

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah semua kacak-kacak, tapi pengotor! Paling geli tengok jamban duduk berkerak warna hitam

"Di sini saya mohon maaf setulus dan seikhlas hati kerana menimbulkan kesulitan kepada pihak sekolah dan ramai pihak," ujarnya sambil memaklumkan video asal yang dimuat naik olehnya telah pun dipadamkan.

Dia dalam masa yang sama turut meminta orang ramai yang membuat perkongsian di laman sosial masing-masing agar memadamkan video berkenaan.

Di sini saya mohon maaf setulus dan seikhlas hati saya kerana telah menimbulkan kesulitan kepada pihak sekolah dan ramai pihak.

PEMILIK VIDEO

Terdahulu, wanita berkenaan memuat naik satu rakaman di sebuah asrama perempuan sambil menceritakan situasi asrama berkenaan yang padanya sangat daif.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan membuat rakaman di beberapa lokasi seperti di dalam bilik asrama, tandas, ampaian dan koridor luar.

Dia bagaimanapun tidak menyebut nama asrama berkenaan di dalam video tersebut.

KOMEN ASRAMA

Wanita berkenaan membuat penjelasan di bahagian komen.

"Astagfirullahalázim... tak ada pintu. Serupa gelandangan. Ini bilik, busuk bau dia serupa air becak. Kalaulah boleh rekod bau.

"Ini apa dia ni... kesiannya dekat adik aku. Bayar mengaji mahal-mahal. Pintu gobok (almari) ni lagi buruk dari rumah tok aku," katanya di dalam video berkenaan.

Sungguhpun wanita tersebut sudah memadamkan video berkenaan, namun ia sempat dikongsikan semula pihak lain sehingga ia turut tular di laman sosial lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain