suria

Peniaga tertipu dengan pelanggan muka baik, janggut sejemput! Cabut lari selepas kenyang - “Orang jahat pun tahu bayar”

Peniaga terkilan dengan sikap pelanggan yang tidak membayar makanan.

KETIKA ramai peniaga kecil-kecilan bergelut mencari rezeki, masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka.

Sudahlah perlu berdepan isu peningkatan kos bahan mentah, ada juga peniaga yang diduga dengan pelanggan yang tidak membuat bayaran.

Walaupun situasi seperti ini tidak berlaku setiap hari, tetapi kerugian tetap dirasai oleh peniaga yang bergantung kepada pendapatan dan keuntungan secara harian ini.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita di TikTok matsallehburger, dia meluahkan rasa terkilan dengan pelanggannya yang datang makan di kedainya baru-baru ini tetapi tidak membuat bayaran.

Membandingkan sikap pelanggan tersebut dengan 'orang jahat', dia tidak menyangka pelanggan lelaki tersebut tergamak bertindak seperti itu.

Seorang pelanggan meninggalkan premis tanpa membayar makanan. -Gambar hiasan

"Sejahat-jahat orang jahat dia datang makan, dia bayar. Saya tak jumpa lagi orang jahat datang makan percuma.

"Dia ni (pelanggan) jahat habis datang makan dekat kedai saya semalam dia lari. Lepas kenyang makan dia bawa kereta dan lari (beredar)," katanya dalam video tular, bercakap menggunakan loghat Kelantan.

Menurut wanita yang dipercayai membuka kedai makan di Kota Bharu ini, dia faham sekiranya lelaki terbabit menceritakan tentang masalah kewangan dihadapinya.

Namun, dia berasa terkilan dengan lelaki tersebut yang dilihat berperwatakan baik namun sikapnya tidak seperti apa yang disangkakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak lari bayar cukai, Bella Khan tunjuk resit transaksi LHDN hampir RM370,000 - “Boleh beli rumah teres dengan duit ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh payment tak cukup! Pengantin disekat masuk bilik, hotel tahan makanan tetamu... rupanya wedding planner songlap duit

"C*l*k* 14. Kalau tak ada duit beritahulah kita buat kira (berbincang) cara tak ada duit. Ni tak, lepas kenyang makan terus pergi.

"Jenis apa perangai macam ni, mengalahkan orang jahat. Orang jahat walaupun muka penyamun, makan tetap bayar.

"Awak ni muka juruh (baik), janggut sejemput. Oh gila betul. Tak habis fikir saya," katanya lagi dalam video berkenaan.

Hantaran dibuat di TikTok ini turut meraih perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen.

Dia mari tu dengan tak ada duit dah. Dia niat tak nak bayar.

NETIZEN

Rata-ratanya mempunyai pendapat masing-masing dengan ada berfikiran positif pelanggan tersebut terlupa untuk membuat bayaran.

"Mungkin dia terlupa tu tau dah nyanyuk. Bersangka baik sajalah. Esok lusa dia datang bayar bila ingatan pulih.

"Kalau beritahu tak ada duit tak marah. Sekurang-kurangnya boleh suruh basuh pinggan di dapur tak apa dah," kata beberapa netizen.

Komen netizen pada video.

Dalam pada itu ada juga netizen yang risau memikirkan dosa sekiranya lelaki ini sememangnya sengaja tidak mahu membayar makanan dimakan.

"Tak ada duit saya tak makan dekat kedai. Haram. Jadi darah daging sampai ke mati.

"Ada juga yang macam tu ye kak. Dia mari tu dengan tak ada duit dah. Dia niat tak nak bayar," kata netizen lain pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain