TIDAK tergamak mendengar tangisan seekor kucing terbiar sejak beberapa hari, lelaki ini akhirnya mengambil keputusan untuk mencari dan menyelamatkan haiwan tersebut. Bukan setakat memberi makanan, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz turut membawa anak kucing yang ditemuinya itu ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan seterusnya memelihara haiwan berkenaan. Video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan detik-detik dia menyelamatkan si bulus itu menjadi tular dan mengundang pujian warga maya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Hafiz berkata dia mengambil keputusan untuk mencari anak kucing yang diberi nama Oyen itu kerana tidak tenteram memikirkan keadaan haiwan berkenaan yang mungkin kelaparan ataupun ketakutan. "Terdetik di hati saya kerisauan tentang keselamatan dia. Takut dilanggar kereta atau diserang anjing. Keesokan harinya saya ambil Oyen dan bawa naik untuk dimandikan. ARTIKEL BERKAITAN: “Yang tak baik datang rumah kita, kucing tanggung dulu” - Perawat ajar cara kesan jin pada Oyen, 9 ekor bulus mati kena sihir dituju kepada pemilik ARTIKEL BERKAITAN: Kemaruk bau peluh, si bulus ‘naik syeikh’ dapat gomol baju lepas bersukan... Makin lama peram dalam bakul dobi lagi suka! "Waktu mandikan Oyen, saya nampak badan dia sangat banyak fungus dan perut dia sangat buncit. Mungkin disebabkan cacing. "Pada awalnya niat hanya nak mandikan dia dan hantar ke tempat yang boleh adopt kucing. Tapi lepas lihat keadaan dia, tak sampai hati. Jadi saya tekad nak bela Oyen," cerita Hafiz mengenai pertemuannya dengan Oyen, sekitar dua bulan lalu. Oyen yang semakin comel dan sihat di bawah jagaan Hafiz. Menurut lelaki berusia 37 tahun ini, sebagaimana kucing-kucing peliharaannya yang lain, Oyen turut dilayan sama rata sehinggalah si bulus itu yang dahulunya comot serta berpenyakit kini sudah berubah wajah menjadi seekor kucing yang comel. Hafiz yang menetap di Kajang berkata, selain Oyen, tiga lagi kucing peliharaannya sebelum ini juga merupakan kucing jalanan yang dikutip dan dipelihara. "Kini semuanya ada lima ekor iaitu Oyen, Mimi, Koko dan Samantha manakala Snow adalah anak Mimi dan Koko," ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Teknik di Telekom Malaysia Berhad. Menonton video-video yang dikongsikan, terbit rasa kagum apabila melihat betapa penyayangnya lelaki ini sehinggakan kucing-kucingnya disediakan tempat tinggal yang selesa ibarat 'hotel'. Kasih sayang sebagai manusia terhadap makhluk ciptaan Allah terutama kucing akan bawa sampai kita mati. HAFIZ "Sebelum kehadiran Oyen, fasiliti untuk kucing-kucing dekat rumah saya tak adalah sampai tahap macam ni. Mungkin Oyen bawa rezeki kali ni dan buka hati saya untuk adakan sangkar ala-ala 'pets hotel'. "Bagi saya, duit boleh cari tapi kasih sayang kita sebagai manusia terhadap makhluk ciptaan Allah terutama kucing akan bawa sampai kita mati. "Saya juga percaya rezeki kita akan diluaskan jika berbuat baik pada haiwan. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak memang sangat sayangkan kucing. Minat kami sama," ujarnya lagi. Hafiz menempah khas 'rumah' buat kelima-lima ekor kucingnya. Sekadar berkongsi video secara suka-suka di TikTok, Hafiz berkata tujuannya membuat perkongsian antara lainnya mahu menghantar mesej kepada orang ramai agar mengambil berat mengenai makhluk Allah itu lebih-lebih lagi yang merempat di jalanan. "Ambil kisah tentang kucing-kucing jalanan ni sebab nabi pernah berkata pada sahabatnya, bahawasanya kucing ini adalah haiwan yang sentiasa berada dalam kalangan manusia. "Makna kata kucing adalah haiwan yang perlukan perhatian dan kasih sayang daripada manusia," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube