KITA pasti biasa mendengar ungkapan, 'bukan mudah untuk puaskan hati semua orang'. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan zaman media sosial ketika ini, setiap perkara yang dikongsikan pasti akan mengundang komen-komen negatif daripada warga maya. Pendek kata, ada sahaja perkara tidak kena di mata segelintir netizen yang sentiasa mahu mencari kesalahan orang lain. Dalam satu perkongsian terbaharu, sebuah warung kek jalanan yang viral gara-gara sering diserbu pelanggan menjadi 'mangsa' kecaman netizen. Tidak mahu 'budaya' dengki dan suka mencari kesalahan semakin melarat, seorang pengguna media sosial tampil menyuarakan teguran secara terbuka dalam satu hantaran di Facebook. Teguran yang disuarakan oleh wanita berkenaan di Facebook. "Saya follow seorang baker ni. Amazingly dia ada followers yang banyak. Dan dia punya business yang baik. Buka pukul 3 petang, 5 petang boleh sold out. "Apa yang saya tertarik daripada kisah dia ni ialah, terlalu ramai orang yang kecam dia. Sebab apa? Sebab tidak tutup barang jualan dia. Well, in the good side, ada betulnya. "Tapi kenapa dia saja? Sedangkan lebih ramai yang jual lauk pauk, nasi lemak, kuih muih, pisang goreng, lekor, juga tidak menutup barang jualan mereka? "Dan mungkin yang mengecam baker ini juga pernah membeli makanan gerai tepi jalan yang tidak bertutup. Kalau mahu complain pasal hygenic, complain la semua, tapi kenapa dia ni kena kaw-kaw?" luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 tahun jual nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam sebab naikkan harga jadi RM3 ARTIKEL BERKAITAN: Kek premium harga rahmah! Hari pertama jual dari but kereta, esoknya buka meja 30 biji licin tak sampai 2 jam Menurut individu berkenaan, pemilik warung kek tersebut kemudian cuba mengikut saranan netizen iaitu meletakkan jualan mereka di dalam rak cermin yang bertutup. Namun kecaman netizen masih tidak berhenti walaupun isu yang dibangkitkan ditambah baik oleh pemilik warung tersebut. Apabila dah ada masalah hati walau apa saja orang tu buat semua akan nampak buruk. NETIZEN "Timbul lagi satu isu iaitu meletakkan barang jualan direct atas kain. Well, kalau dalam pembuatan pastri, kain adalah sangat sinonim. "Di negara barat, kain sebagai based untuk meletakkan bread dan pastries adalah perkara biasa. Cuma di Malaysia, kurangnya pengetahuan tukang pengecam adalah perkara biasa. "So apa kesimpulan dia? Orang sentiasa akan menilai kita dan orang yang paling sibuk hal kita ialah orang yang paling besar hasad dalam hatinya. "Dia akan beri 1,001 alasan untuk justifikasi perbuatannya tapi hakikatnya, mereka adalah orang yang tidak pernah senang hati melihat orang lain berjaya, istimewa, mempunyai kelebihan, hatta mempunyai followers sekalipun," kongsinya. Hantaran individu berkenaan meraih lebih 1,000 shares di Facebook malah menerusi ruangan komen, rata-ratanya turut menyokong dan memberi kata-kata semangat buat pemilik warung kek berkenaan. Antara komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan. "PHD (penyakit hasad dengki) Melayu memang kuat. Itu belum cerita santau bagai. Semoga Allah SWT murahkan rezeki. "Apabila dah ada masalah hati walau apa saja orang tu buat semua akan nampak buruk. Teruskan saja, jangan dilayan. Ignorance is a bliss. Rezeki daripada Allah. "Pedulikan kecaman orang. Teruskan berniaga kerana Allah. Rezeki milik Allah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube