suria

Dua beranak terkejut dihampiri 4x4 tepi jalan, lelaki serba hitam tiba-tiba turun tanya khabar - “Erat pegangan si anak di lengan bapanya”

Saharuddin menyantuni dua beranak itu yang ditemuinya di tepi jalan pada minggu lalu.

BAHAGIA itu sederhana.

Di sebalik masalah yang sedang melanda, seorang lelaki tetap tersenyum gembira sambil melayan celoteh anaknya.

Menerusi video tular, lelaki berkenaan dilihat sedang berjalan kaki di Sandakan, Sabah sambil memimpin tangan anak lelakinya yang berusia 13 tahun.

s2

Pemuda itu memberitahu Saharuddin bahawa dia baru sahaja menjemput anaknya dari kediaman keluarganya.

Aktivis kebajikan, Saharuddin Amirullah yang kebetulan sedang melalui jalan sama tertarik melihat aksi dua beranak itu sebelum dia berhenti untuk menyantuni mereka.

Dalam pertemuan singkat pada minggu lalu, Saharuddin juga sempat berborak dengan lelaki itu yang mendedahkan dia baru sahaja mengambil anaknya itu dari rumah keluarganya.

"Kelihatan detik indah bapa berpegangan tangan bersama anaknya, menarik perhatian saya untuk menyantuni mereka. Saya tanya dia dari mana. Katanya dari tempat neneknya.

Detik indah bapa berpegangan tangan bersama anaknya menarik perhatian saya untuk menyantuni mereka.

SAHARUDDIN AMIRULLAH

"Nampak dari jauh si ayah senyum-senyum. Mesti tak sabar nak melepaskan rindu dan meluangkan masa semula bersama anaknya selepas lama tak bersua," imbasnya.

Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan turut bercerita kepada Saharuddin bahawa dia baru sahaja berhenti kerja kerana berdepan masalah kesihatan.

"Dia minta nenek jagakan anak sebab dia baru berhenti kerja. Tekaan saya tepat. Si ayah baru saja berhenti kerja atas masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur cecah 70-an masih kerja buruh binaan, ulang-alik jalan kaki 4km... Sayu dengar cerita makan gaji RM45 sehari

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah bantu saya” - Asnaf mohon batal nama penerima zakat lebih awal, jangka pendapatan stabil September

"Dia kerja pelabuhan sebagai buruh angkat barang. Dia tak cerita sakit apa, cuma tak tahan dengan kerja berat," ujar Saharuddin yang kerap membantu golongan asnaf.

Menurut Saharuddin, pada mulanya lelaki berkenaan kelihatan takut-takut kerana kenderaannya menghampiri dan mendekati mereka secara tiba-tiba di sisi jalan.

Selepas berborak mesra, Saharuddin turut mengambil memberapa barang keperluan daripada keretanya untuk disedekahkan kepada lelaki berkenaan.

"Nampak juga abang ni macam takut-takut kalau kami ada berniat jahat. Saya kata abang jangan takut, abang tunggu dulu, saya mahu bagi bakul makanan.

s4

Saharuddin menghadiahkan barang keperluan asas kepada pemuda berkenaan.

"Erat saja pegangan si anak di lengan bapanya. Mesti risau kalau bapanya dibawa lari atau diapa-apakan oleh kami. Saya berikan dia beras, minyak masak, gula, tepung dan sepapan telur.

"Semoga abang ni bahagia bukan setakat bawa balik anak yang dirindukan, bahkan dapat bawa balik rezeki yang tak disangka-sangka," ujar Saharuddin lagi.

Pada akhir pertemuan itu, Saharuddin juga sempat bersalaman dengan mereka sebelum dia menghulurkan wang tunai kepada anak pemuda tersebut.

Video pertemuan itu turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih setengah juta tontonan.

s5

Video dikongsi aktivis kebajikan itu tular di TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih dan menitipkan doa agar keluarga berkenaan dipermudahkan urusan mereka.

"Ya Allah semoga diperluaskan rezeki bapa dan anak ini.

"Teringat pegang tangan waktu jalan dengan abah. Sekejap masa berlalu. Al-Fatihah abah.

"Tiba-tiba mata masuk pasir," komen beberapa netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain