SEBUT sahaja tentang pembantu rumah, pasti ramai yang sudah membayangkan isu kecurian, masalah seksual mahupun lari daripada majikan demi mengikut kekasih. Pun begitu, perkongsian seorang pelayar Twitter ini ternyata mengejutkan warga maya kerana ragam pembantu rumahnya berbeza. Mana tidaknya, dia mendakwa pembantu rumahnya tidak boleh makan pisang selain pernah meminta bacaan ayat suci al-Quran dihentikan. "My experienced before, maid pakai susuk. So everytime kita orang beli pisang dia tak boleh makan... kantoi pun sebab masa azan Maghrib dia pengsan. Ciapan asal yang dibuat Aina tentang pembantu rumahnya. "Nenek saya tengah mengaji, dia datang suruh berhenti. Aku baca Yasin pun dia menjerit suruh berhenti," ciapnya ringkas. Bukan itu sahaja, pelbagai perkara aneh turut berlaku di dalam rumahnya sejak pembantu rumah tersebut diambil bekerja. Berkongsi cerita kepada mStar, Aina Rosli berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 2016. "Pada masa tu keluarga mengambil keputusan untuk menggajikan pembantu rumah sebab nak tolong temankan nenek saya yang sakit... tapi masih boleh jalan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita makan daging, ayam dan ikan mentah tenang dituduh berdamping syaitan, pakai susuk - “Rasa sama macam sushi” ARTIKEL BERKAITAN: Majikan mahu ‘beli jiwa’, 3 bibik naik helikopter bercuti di suite mewah... duit raya 10k hantar ke kampung masing-masing "Dia (pembantu rumah) cuma perlu masak dan kemas rumah sahaja sebab nak bagi nenek rehat," ujarnya ketika dihubungi mStar. Minggu pertama keberadaan pembantu berusia 50-an itu, rumah masih dalam keadaan baik dan seperti yang diharapkan kerana dia sangat berpengalaman. Tambahan pula dia mengakui pernah bekerja di Arab Saudi. "Dia suka sangat masak. Setiap kali masak, banyaknya macam untuk 10 orang makan sedangkan dalam rumah hanya ada lima orang termasuk dia... atuk, nenek, adik dan saya. Tengah mengaji, dia datang menangis suruh nenek I berhenti sebab terasa panas. AINA ROSLI "Dia juga pernah menyatakan yang ejen pembantu rumah tu penipu sebab suruh dia lari dalam tempoh dua minggu, lagipun memang nampak ejen sering lalu depan rumah. "Jadi, kami pun percaya sebab pernah dengar kes macam tu. Nak dijadikan cerita, ada suatu malam selepas dinner, dia nak buka pintu belakang yang hanya ada halaman," ujarnya mengimbau kejadian. Pun begitu, dia tiba-tiba menyatakan terdapat seorang perempuan cantik sedang tersenyum melihat ke arahnya. Pelik dengan kata-katanya itu, Aina memaklumkan bahawa tiada sesiapa yang berada di luar dan terus memintanya menutup pintu. Aina menyatakan wajah pembantu rumahnya kelihatan kusam selepas susuk dibuang. -Gambar hiasan The Star "Dia panggil 'non' (cik dalam bahasa Indonesia) tengok belakang rumah, dalam pukul 9 atau 10 malam macam tu sebab ada perempuan cantik tengah senyum tengok dia. "Saya pun jawab tak ada siapa tapi dia tekankan juga yang perempuan tu berbaju putih... sebab malas layan, saya pun cakap cantik," katanya. Kejadian mengejutkan berlaku ketika dia menonton televisyen manakala neneknya pula sedang membaca al-Quran berhampiran meja makan. Kebetulan pada masa itu, ibu dan adik lelaki bongsunya datang ke rumah. Warga maya memberikan pelbagai reaksi tentang susuk. "Tengah mengaji, dia datang menangis suruh nenek berhenti sebab terasa panas... pada masa sama siaran azan berkumandang di televisyen. "Laungan azan tu menyebabkan dia terbaring di atas sofa sambil menjerit panas. Ibu nak panggil ustaz sebab tak pernah tengok perkara macam tu. "Saya pun bacalah Yasin sementara nak tunggu ustaz datang rawat dia. Semasa tengah mulakan rawatan, dia jerit cakap ada perempuan tengah marah dan nak bunuh dia," tambahnya lagi. Selepas melakukan rawatan, ustaz terbabit menyatakan pembantu rumah tersebut memakai susuk dan 'perempuan cantik' mengaku menjaga dia. "Masa ni, dia pun mengaku ada pakai susuk sebab pernah kerja dekat Arab dulu dan menjadi seorang mistress. "Dia pakai susuk sebab nak compete with other mistress tapi selepas beberapa tahun kena cerai, dia balik Indonesia dan barulah datang Malaysia nak kerja. "Sebelum pakai susuk, dia masuk hutan bertapa dekat kampung dia dan kalau nak buang memang kena balik kampung buang dan buang dengan orang yang pasangkan," katanya yang merupakan seorang guru. Menurut wanita berusia awal 20-an itu lagi, selepas mengetahui perkara tersebut, dia mengambil tanggungjawab untuk mengajar pembantu rumah terbabit cara untuk mandi wajib dan solat. Pun begitu, semasa permulaan awal kembali solat, dia sering jatuh pengsan. Disebabkan itu, keluarga Aina mengambil keputusan untuk menghantarnya pulang ke Indonesia selepas dua bulan berkhidmat. Tambahnya, selepas membuang susuk, wajah pembantu rumahnya hanya kelihatan kusam dan tidak berseri-seri seperti sebelumnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube