RUMAH pangsa atau flat kurang menjadi pilihan ramai dan masyarakat sering mengaitkan jenis kediaman ini dengan imej negatif. Kawasan kotor, sikap penghuni tidak bertanggungjawab, gangguan bunyi bising selain tahap keselamatan diragui dan masalah parkir antara isu yang sering timbul. Namun bagi seorang pemuda, dia berasa kagum dengan sebuah flat yang terletak di Johor Bahru, Johor. Menurutnya, flat di Johor Bahru (JB) sangat berbeza jika dibandingkan rumah pangsa di negeri-negeri lain. “Aku rasa flat ni dekat negeri lain tak ada macam ni. Hanya kat JB. “Tengok, dia tutup semua kan. Nak masuk pakai tu, macam dekat airport (lapangan terbang),” katanya menerusi satu perkongsian video. Sebuah flat dipasang dengan pagar keselamatan. Bukan setakat jaminan keselamatan dengan pemasangan pagar, malah pemuda itu turut memuji tahap kebersihan yang begitu tinggi di rumah pangsa di Johor Bahru. “Flat flat kat JB semua memang bersih. Nampak cantik cat dibuat. Semua rapi, semua nampak siap,” katanya. Pemuda itu sekali lagi terpegun menunjukkan pintu automatik untuk laluan penghuni di aras bawah yang dikatakannya seperti lapangan terbang. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah flat berlumut dijual murah, siap boleh ‘nego’ jadi perhatian - “OK je kalau jenis pergi kerja balik terus tidur” ARTIKEL BERKAITAN: Wah, siap ada balkoni! Ramai keliru tengok bangunan flat menumpang rumah ‘teres’ 2 tingkat, ada yang kata ini ‘B40 kayangan “Siap ada tu lagi. Masuk pakai macam lapangan terbang. “Best, nampak ni ha,” katanya dengan nada teruja. Rakaman berdurasi 40 saat itu turut menunjukkan pintu itu dilengkapi dengan mesin pengimbas yang dipertingkatkan keselamatannya seperti di lapangan terbang. Bukan sekadar itu, terdapat pengawal keselamatan memantau pergerakan keluar masuk di hadapan pintu tersebut. “Ada orang jaga, nampak,” ujarnya. Pintu keluar masuk berteknologi canggih yang dianggap seperti di lapangan terbang. Dengan kelebihan itu, maka tidak hairanlah rumah pangsa di Johor Bahru semakin mendapat perhatian dalam kalangan mereka yang mencari kediaman sewa mahupun dijadikan sebagai aset. Dia mengalakkan orang ramai membeli rumah di bandaraya itu sekiranya kebersihan di kediaman menjadi keutamaan. “Kalau nak beli rumah, beli rumah kat JB sebab rumah kat JB memang bersih. Jadi, jangan bimbang,” katanya lagi. Hostel la, rumah flat paling bersih dekat Singapura je. NETIZEN Di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen diberikan susulan pandangan pemuda tersebut terhadap flat yang dikunjunginya. “Terkejut juga ada flat sebersih secanggih itu kat JB. “Ini persatuan komuniti dia kuat bekerja. Bersatu untuk keselesaan komuniti mereka,” antara komen netizen. Antara komen netizen. Bagaimanapun, rata-rata netizen menafikan flat tersebut merupakan kediaman awam, sebaliknya ia merupakan penempatan asrama untuk pekerja asing. “Itu flat untuk pekerja kan sebab tu masuk pakai macam airport. “Ni flat penermpatan pekerja asing. Bukan flat awam.... flat awam tak dapat macam ni. “Hostel la, rumah flat paling bersih dekat Singapura je,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube