MUNGKIN bagi sesetengah individu, menggunakan telefon bimbit sambil mengecasnya adalah perkara biasa. Namun mereka yang pernah terkena akibatnya pasti berasa trauma kerana insiden tersebut nyata meninggalkan kesan pada diri. Seperti perkongsian seorang pelayar TikTok ini, dia berdepan detik cemas semasa menggunakan peranti tersebut ketika mengecasnya. Malah katanya, kejadian itu hampir meragut nyawa dengan memberi gambaran dahsyat bahawa dirinya yang memiliki berat 77 kilogram turut melambung. Skrin telefon, pintu dan dinding rumahnya pecah disebabkan petir. "Nasib baik tak arwah... syukur masih dipanjangkan umur hingga sekarang. "Menaip ni pun masih trauma, ketar-ketar dan kebas tangan. Rasa bimbang nak pegang telefon," luahnya. Detik hitam yang dihadapi itu membuatkan dia sedar pesanan yang sering dikongsi di pelbagai platform tentang tidak menggunakan telefon ketika mengecas tidak wajar dipandang remeh. Berkongsi pengalamannya, dia yang dikenali sebagai Mima berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu Maghrib. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nyaris maut cerita semula kisah nampak lori simen tergolek depan mata... “Terlalu laju, jatuh dan masuk ke laluan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Berasap tayar! 3 penunggang nyaris maut... lori nak kejar lampu hijau, mat motor pecut masa traffic light merah... siapa salah? "Nak dijadikan sebab, baru lima minit pegang telefon sebab seharian jaga anak demam... tak sempat nak scroll newsfeed tiba-tiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia. "Baru sahaja nak komen, tiba-tiba petir berdentum dan satu rumah blackout," ujarnya. Bukan itu sahaja, soket elektrik di rumahnya turut hangus manakala telefon yang sedang dipegang pula pecah bahagian skrin. "Bayangkan Mima yang tengah pegang telefon masa kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77kg pun boleh melayang melambung... dari bucu katil sana hingga bucu katil sini. Itulah orang kata jangan main telefon semasa kilat. WARGA MAYA "Dia punya sakit jangan cakap, menangis sampai hilang suara dan telinga pula berdesing," tambahnya. Kejadian renjatan yang dialami itu turut menyebabkan kepalanya terasa sakit dan tangan kanan seolah-olah tidak berfungsi disebabkan rasa kebas. Selepas suasana kembali pulih, dia melihat kesan retak pada dinding biliknya. Mima juga mengucapkan syukur kerana tidak berlaku litar pintas yang boleh mengakibatkan kebakaran berlaku. Antara reaksi warga maya. Bimbang insiden sama berlaku terhadap orang lain, dia turut menitipkan pesanan supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa hujan lebat selain menutup suis yang tidak digunakan. Dia mengakui terkena renjatan semasa mengendalikan barangan elektrik dengan tangan basah adalah berbeza dengan tenaga yang dialirkan petir. "Boleh maut kalau terlambat, Alhamdulillah sekarang dah boleh gerak jari perlahan-lahan, tapi tangan kanan masih kebas dan telinga berdesing. "Nasib baik ada suami 'gang current' boleh sama-sama ketawa sebab sama-sama dah rasa," tambahnya. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya. Ada yang menyalahkan model telefon pintar yang digunakannya kerana dikatakan 'bermasalah' selain meminta dia memeriksa kabel 'earth'. "Itulah orang kata jangan main telefon semasa kilat. "Earthing rumah kena cek... ada kawan aku yang pernah kena, kebas saja. "Saya pernah kena, Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur. Masa tu tengah cas telefon, sekali petir menyambar," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube