suria

‘Sentap’ ditegur kerap letak kereta depan pagar, jiran sebelah terus hantar sihir... Hari-hari simbah air kencing, sup bunjut pun ada!

Ada individu berdepan nasib malang apabila mendapat jiran yang biadab. -Gambar hiasan

NIKMAT dan rezeki Allah amat luas.

Jiran yang baik juga merupakan rezeki yang perlu disyukuri walaupun apa jua agama dan bangsanya.

Terbaharu, seorang pengawal perubatan Islam dikenali sebagai Ustaz Zamri berkongsi kisah tentang seorang wanita yang didakwa disihir jirannya.

jiran2

Zamri banyak berkongsi video dia merawat pesakit menerusi TikTok.

Menurut Zamri, wanita itu disihir selepas dia menegur seorang jiran yang kerap meletakkan kereta di hadapan rumahnya sehingga menganggu urusan harian.

"Negeri Sembilan, jiran berhati iblis. Jiran sebelah kerap sangat parking betul-betul depan pagar rumah sampai kereta sendiri nak keluar pun tak boleh.

"Ada satu hari tu dia (mangsa) cakap dengan jiran. Cakap elok-elok kot supaya jangan parking depan pagar. Kalau parking tepi pagar tak apa," cerita Zamri mengimbas semula pertemuan wanita itu dengan jirannya.

Merah menyala muka jiran tu dan dia jawab dengan nada tinggi... dia kata kau (mangsa) pun sewa je.

USTAZ ZAMRI

Kata Zamri lagi, jiran wanita itu bukan sahaja menunjukkan reaksi berang, malah turut mengeluarkan kata-kata biadab terhadapnya.

Selepas pertemuan itu, wanita tersebut mula menyedari tanda-tanda aneh yang berlaku terhadap dirinya sehinggalah dia dibawa menerima rawatan.

"Merah menyala muka jiran tu dan dia jawab dengan nada tinggi. Dia kata kau (mangsa) pun sewa je. Sebelum mangsa duduk sini, itu memang tempat dia parking. Kena faham dia banyak kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ustazah, saya bukan reka cerita” - Wanita meraung disihir, kemaluan rasa terbakar... Bersungguh beritahu mentua guna darah haid

ARTIKEL BERKAITAN: “Standby ustaz rawat kau nanti!” - Lelaki ugut hantar sihir, berang mengemis RM30 tapi tak dapat hasil

"Lepas 'sound' jiran sebelah, hari-hari ada air kencing disimbah atas lantai depan pintu. Sesekali sup bunjut depan pagar," ceritanya lagi.

Perawat daripada Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al Mustakim di Nilai, Negeri Sembilan itu turut berkongsi video ketika dia merawat wanita berkenaan, baru-baru ini.

Wanita itu dilihat berbaring di atas lantai ketika Zamri memegang kepala serta lehernya dalam sesi rawatan itu.

Mangsa juga kedengaran menahan sakit sambil terbatuk-batuk seperti mahu memuntahkan sesuatu.

file7minsu38bnt18x5joc93

Isu jiran letak kereta merata-rata sering tular di media sosial. -Gambar hiasan

Video yang meraih lebih 70,000 tontonan itu turut dihujani pelbagai komen netizen selepas ia tular di aplikasi TiKTok.

Selain menyelar tindakan jiran wanita itu, beberapa netizen turut mendakwa mereka juga pernah berdepan kejadian serupa.

"Sewa pun dia ada hak sebab dia bayar. Rajin-rajin solat hajat biar dia terima balasan. Pindah cari rumah lain.

"Apa yang saudari alami, sama akak dah lalui sehingga ragut nyawa suami, angkara jiran iblis.

"Saya pun ada jiran berhati syaitan. Habis keluarga saya porak-peranda," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain