MEMILIKI kediaman sendiri atau dengan kata lain mempunyai hak ke atas sesuatu hartanah tidak bermakna seseorang itu bebas melakukan apa sahaja hanya kerana bergelar 'tuan tanah'. Selagi mana menetap di kawasan perumahan sama ada kampung, taman atau kediaman jenis bertingkat, kita sewajarnya tahu mengenai adab hidup berjiran ataupun common sense sebagai anggota masyarakat. Sudah banyak perkongsian oleh warga maya di media sosial mengenai kerenah jiran masing-masing, namun kisah yang dipaparkan seolah-olah tidak diambil iktibar bersama. Terbaharu dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu berkongsi gelagat jirannya yang 'menaikkan' batu bata di antara dinding yang memisahkan rumah mereka. Apa yang menjadi masalah, jirannya langsung tidak memaklumkan atau berbincang terlebih dahulu dengan pihaknya sebelum berbuat demikian. Kita sewajarnya tahu mengenai adab hidup berjiran ataupun common sense sebagai anggota masyarakat. -Gambar hiasan "Tadi penyewa rumah abang complain, jiran sebelah rumah nak naik bata langsung tak discuss dengan dia. "Kepada jiran-jiran nak renovate rumah, kenalah ambil kira rumah sebelah, janganlah tinggalkan rumah jiran tidak berplaster macam ni, beritahulah dulu sebelum buat. "Rumah kau cantik sempurna, rumah sebelah dibiarkan cacat," luahnya dalam hantaran tersebut. Berkongsi cerita dengan mStar, individu yang hanya mahu dikenali sebagai Abot Zazul berkata, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh penyewa. ARTIKEL BERKAITAN: Buat perangai macam di negara sendiri, warga asing bebas bela ayam di taman perumahan! Jiran stres kena hadap bau tahi ARTIKEL BERKAITAN: Anak jiran buat kereta macam playground, mustahil tak sengaja! Pemilik niat nak tegur mak ayahnya demi kebaikan "Rumah tu lepas saya beli terus saya sewakan, tak pernah duduk sana, jadi hubungan penyewa dan jiran pun tak tahu macam mana. Dah sewa setahun. "Tiba-tiba semalam (Rabu) penyewa WhatsApp dekat saya, suruh saya plaster dinding. Saya tak faham. Lepas dia bagi gambar baru saya tahu blok (batu bata) dah naik," kongsinya. Menurutnya, daripada apa yang diceritakan penyewanya, jiran berkenaan langsung tidak memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu sekali gus menimbulkan kesulitan kepadanya dan juga penyewa. Itu ruang angin dan cahaya masuk... orang nak jemur baju senang. Apabila kau tutup ruang yang sepatutnya milik bersama, sepatutnya berbincang dulu. NETIZEN "Cuma penyewa sedikit terkilan, kawasan laluan angin (ventilation) dah tertutup, rumah jadi gelap. "Pada mulanya saya nak laporkan pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tapi tak jadi, tak mahu nanti bergaduh pula penyewa saya dengan jiran sebelah. "Jadi saya ubah fikiran untuk deko dan cat bata tersebut," ujar lelaki berusia 41 tahun ini. Dia yang sudah berkecimpung dalam bidang hartanah sebagai ejen hartanah berkata, perkongsian yang dibuat di Facebook adalah untuk menyampaikan mesej mengenai adab berjiran dan pentingnya mengetahui garis panduan sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian hartanah masing-masing. "Sepatutnya kena discuss dulu la apa-apa nak buat sebab berkongsi dinding yang sama. Kata sepakat dipersetujui boleh proceed. Apabila tak discuss, side belah kita tak plaster, jadi nampak tak kemaslah. "Sebagai jiran yang beretika, sepatutnya tolong jugalah settle kan side belah jiran. Nak kongsi duit pun tak ada masalah. "Apa-apa sahaja melibatkan ubah atau tambah struktur bangunan, mesti mendapat kelulusan PBT, dan kebenaran jiran yang berkongsi dinding. Tak boleh buat main suka hati," akhirinya. Antara komen netizen terhadap perkongsian Abot Zazul di Facebook. Hantaran yang dibuat oleh Abot Zazul menjadi tular dan dikongsikan semula oleh beberapa laman Facebook sehingga meraih ribuan shares. Rata-rata warga maya turut mengecam tindakan jirannya kerana melakukan pengubahsuaian tanpa berunding terlebih dahulu. "Itu ruang angin dan cahaya masuk... orang nak jemur baju senang. Apabila kau tutup ruang yang sepatutnya milik bersama, sepatutnya berbincang dulu. "Ini kalau report dekat majlis (perbandaran) baru ada akal... halang laluan udara. "Bab jaga hak jiran pun tak lepas... kalau nak buat suka hati nak selesa, jangan beli rumah teres yang kena berkongsi. "Sebenarnya adab yang pertama beritahu dulu. Itu baru betul," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube