suria

Ragam kedai dobi... Lelaki B40 geram pelanggan T20 tak malu curi pelembut pakaian, siap habiskan sebotol! - “Sebulan wangi baju kau”

Perkhidmatan dobi layan diri menjadi sangat popular bagi penduduk bandar. -Gambar hiasan

TABIAT suka mengambil hak milik orang yang ditinggalkan tanpa jagaan juga dianggap sebagai perbuatan mencuri.

Namun masih ramai antara kita seperti tidak cakna tentang hukum agama kerana beranggapan sesuatu barang yang ditinggalkan itu sudah tidak bertuan dan sesiapa sahaja boleh mengambilnya.

Seperti satu perkongsian di Facebook, Hairudin Hairusud menceritakan bagaimana dia berdepan seorang individu yang tanpa segan silu menggunakan pelembut dan pewangi pakaikan miliknya di sebuah kedai dobi layan diri.

dobi2

Perkhidmatan dobi layan diri menjadi pilihan ramai untuk mencuci dan mengeringkan pakaian dengan cepat. -Gambar hiasan

“Selalunya orang yang guna dobi layan diri musim panas ni mesti dia ada duit kan.

“Tapi saya B40 pergi dobi layan diri. Saya tinggalkan pakaian sekali dengan pelembut dan pewangi. Lepas tu baru pergi ambil sebab dah set masa sampai pakaian siap dicuci.

"Saya tinggalkan pelembut tu dengan bakul sekali... tapi ia habis licin diguna orang lain," dakwanya menerusi perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Patutlah baju bau panggang” - Kecoh kedai dobi guna gas asli keringkan baju, netizen bimbang letupan jika abai aspek keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: Budak berpeluh terkurung dalam mesin basuh kedai dobi! Wanita ini dari awal dah boleh agak sesuatu bakal terjadi

Tambah Hairudin dia mengesyaki bahan pelembut yang ditinggalkan buat sementara itu diguna individu yang memandu kereta Proton X90.

“Barang orang janganlah guna. Tengok bawa kereta Proton X90, macam orang have-have (berada) golongan T20. Takkan pelembut dan pewangi pakaian pun nak rembat B40 punya.

“Sudahlah guna barang orang, lepas tu letak balik botol yang dah habis.Sebulan wangi baju kau tu... sedih mentaliti orang T20 ni.

“Pewangi yang harga RM20 lebih pun rembat B40 punya," katanya penuh kesal.

Saya halalkan je pelembut tu... cuma nak pesan jangan guna barang orang sesuka hati.

HAIRUDIN

Tegas Hairudin, walaupun pelembut pakaian itu dibiarkan secara terbuka tanpa jagaan, ia tidak bermakna boleh digunakan sesiapa sahaja tanpa diselidik siapakah pemiliknya terlebih dahulu.

“Saya halalkan je pelembut tu. Cuma nak pesan jangan guna barang orang sesuka hati.

“Orang tinggal sebab nak datang ambil kemudian. Bukan saya tinggal dengan nota... sila gunakan pelemnbut saya!” katanya lagi.

Hantaran tersebut mendapat perhatian rama dengan rata-ratanya tidak bersetuju dengan sikap individu diceritakan tersebut.

Komen netizen mengenai kisah diceritakan Hairudin.

Namun, ada juga warganet yang menitipkan pesanan buat lelaki ini agar tidak meninggalkan barang peribadi tanpa jagaan di kedai dobi layan diri.

“Kadang-kadang kita ni bukan jenis kedekut sangat tapi geram orang jenis suka main rembat je barang orang. Tak ada adab.

"Mungkin dia ingat owner (pemilik dobi) sediakan.

“Dobi layan diri seboleh-bolehnya jangan tinggalkan apa-apa dekat situ. Kadang dengan bakul sekali hilang... bukan pelembut saja boleh habis.

“Lain kali bang jangan tinggalkan barang tu kalau tak nak kena rembat. Sebab sesetengah kedai dobi memang ada disediakan pelembut botol untuk kegunaan pengguna,” kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain