BAGI yang berkemampuan anda pasti tidak kisah untuk membeli makanan yang agak mahal dengan harapan kualiti serta tahap kesedapan hidangan dipesan menepati citarasa. Pun begitu, sering kali kita dengar rungutan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan makanan yang dibeli. Perkara sama turut dialami seorang pelayar Facebook apabila pasta salmon aglio olio yang dipesan pada harga RM33 tidak seperti yang diharapkan. Harga yang dipamerkan tidak beserta gambar hidangan. “Saya order salmon aglio olio dengan harga RM33. Buka-buka bungkus begini dia bagi? Cekik darah. “Saya mampu bayar RM33 kalau ada sekeping salmon dalam tu, tapi ni cekik gila,” luahnya menerusi hantaran di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Harga mahal terbongkar, pemilik dedah dah dapat green light KPDN... tak perlu marah kalau tak pernah datang - “Kami bukan kedai tomyam biasa” ARTIKEL BERKAITAN: Meatball 50 sen sebiji di Kelantan dianggap mahal, Ikea lagi murah katanya! Peniaga terpaksa ‘sekolahkan’ pelanggan Namun dakwanya, menu berasaskan salmon yang mempunyai sumber protein tinggi dan juga asid lemak itu hanya mempunyai serpihan isi ikan semata-mata. “Salmon aglio olio RM33 per pek, mu bagi aku serpih-serpih saja? “Tak pernah dalam hidup saya dapat salmon aglio olio yang bukan sekeping salmon, lagi-lagi harga sudah lebih daripada RMM20. Kes ni boleh laporkan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. WARGA MAYA “Kalau RM9.99 salmon aglio olio tahulah salmon apa aku dapat. Ni RM33 mu bagi aku begini,” tambahnya lagi. Menurut lelaki ini lagi, dia sangat kecewa kerana pesanan menerusi aplikasi penghantaran makanan itu dibuat semasa dia sedang lapar selepas melakukan aktiviti senaman di gimnasium. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dan rata-ratanya mengandaikan pihak restoran berkenaan terlupa untuk meletakkan kepingan isi salmon. Sebahagian reaksi warga maya tentang pesanan yang diterimanya. Sesetengahnya lagi beranggapan konsep jualan yang dilakukan setiap peniaga adalah berbeza selain mengaitkan harga yang dinyatakan itu adalah termasuk kos peratusan yang ditetapkan pengendali e-dagang. “Rasanya pesan guna aplikasi lagi mahal daripada harga kedai. "Mungkin dia lupa letak tu... cuba complaint untuk kebaikan bersama. “Kalau tak silap kes ni boleh laporkan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kedai macam ni perlu diajar supaya orang lain tidak terkena,” ujar beberapa warga maya. Dalam pada itu, terdapat seorang pelayar lagi yang merasakan tindakan lelaki terbabit memuat naik status sehingga tular adalah tidak wajar kerana boleh menjatuhkan reputasi kedai berkenaan. Dia bagaimanapun menegaskan apa yang dilakukan itu adalah haknya sebagai pengguna kerana mengeluarkan kos untuk belian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube