suria

Ibu pulang dari hospital untuk hembus nafas terakhir, anak reda tak ada rezeki tabur bakti lebih lama - “Teruja nak cuci luka, najis dan beg stoma mama”

Selepas lebih sebulan selepas kakinya dipotong akibat gangren, ibu Nabilah meninggal dunia.

KEHILANGAN insan bergelar ibu di dunia ini adalah satu mimpi buruk bagi setiap anak.

Begitulah yang dirasai Nurfatin Nabilah yang terpaksa melihat kesengsaraan ibunya, Che Asnon Mokhtar, 62. ketika sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Episod pilu bermula apabila ibunya dimasukkan ke hospital akibat angin ahmar, serangan sakit jantung dan sawan (seizure).

Menurut Nabilah, setelah empat hari ibunya dirawat di hospital, tahap kesihatannya semakin merosot apabila wanita itu menderita gangren.

Ibu Nabilah menderita sakit gangren.

"Rasa sakit tu mama je yang rasa. Lepas tu mama dah okay sikit, mereka terus pindahkan ke wad biasa. Petang tu pergi lawat mama, tiba-tiba terperasan kaki mama dah lebam-lebam.

"Bila tanya mama, jururawat atau doktor ada buat apa-apa ke? Mama cakap tak, mereka semua okay. Tapi bila kita pegang kaki mama, dia cakap sakit. Tak sedap hati, terus panggil jururawat. Nurse cakap dia pun tak perasan dan panggil doktor.

"Bila doktor buat pemeriksaan, oksigen dah tak sampai dekat kaki mama. Sel-sel semua mati dan kaki mama hitam-hitam. Bila doktor buat CT scan, berbincang, mereka buat keputusan kaki mama terpaksa potong memandangkan darah semua dah ada jangkitan kuman," ujarnya menerusi ruangan kapsyen video.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bantu saya kembali berjalan ke masjid” - Usahawan OKU gigih jual sambal di TikTok, cari duit sendiri tampung kos pembedahan lutut

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua terlantar sakit tapi anak-anak jaga ala kadar, menantu buat andaian sedang terima kifarah! Dulu suami uzur ditengking, kena bebel

Setelah berbincang dengan doktor, Nabilah dan ahli keluarga bersetuju apabila diberitahu kaki ibunya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.

Namun, jangkitan kuman yang sudah merebak menyebabkan kaki Asnon dipotong lebih panjang daripada sepatutnya.

Menurut Nabilah, dia bagaimanapun berasa lega dan bersyukur apabila pembedahan yang dijalankan pada 22 Mei lalu berjalan dengan lancar.

Bila dah betul-betul sedar, mama cakap dia sedih sebab kaki yang bantu semasa berjalan itulah kaki yang terpaksa kena potong dulu.

NURFATIN NABILAH

"Mama sedar selepas pembedahan. Tapi tiba-tiba mama minta selipar dan tongkat nak berjalan. Kami serba salah ketika cuba beritahu sebab nak jaga emosi mama.

"Bila dah betul-betul sedar, mama cakap dia sedih sebab kaki yang bantu semasa berjalan itulah kaki yang terpaksa kena potong dulu. Lepas tu, mama banyak termenung. Berborak jauh sekali," ujarnya lagi.

Dalam video yang dikongsi dan meraih lebih 500,000 jumlah tontonan ini, Nabilah memuat naik gambar kaki ibunya yang lebam, juga pada bahagian jari serta kuku.

Setelah hantaran dimuat naik menjadi tular, Nabilah kemudiannya memuat naik hantaran kedua, susulan kisah menyayat hati mengenai ibunya.

Jelas Nabilah, keterujaan untuk berbakti menjaga ibunya yang sakit tidak kesampaian apabila wanita itu meninggal dunia setelah dua jam pulang ke rumah pada 6 Julai lalu.

Asnon meninggal dunia pada 7 Julai lalu.

"Pada 6 Jun mama dah dibenarkan pulang. Dua minggu je mama dapat berehat dekat rumah. Saya tahu mama rindu bantal, katil, bau rumah mama. Lepas tu mama masuk balik hospital sebab kes kecemasan pembedahan perut pula.

"Pada 6 Julai, saya bawa mama pulang menaiki ambulans sebab mama dah tak boleh naik kereta. Saya siapkan katil, mama bertahan dua jam setengah je dekat rumah sebab 11 malam akhirnya mama pergi ke negeri abadi.

"Saya teruja nak cuci luka, najis mama dan beg stoma mama. Tapi itulah, cuma dapat tukar masa dekat hospital sebelum mama balik. Ralat betul rasa. Tiga hari berturut-turut adik tak sempat jenguk mama," jelasnya dalam hantaran tersebut.

Untuk makluman, gangren ialah keadaan apabila otot pada kaki mati akibat kehilangan, kemerosotan atau terhentinya bekalan darah yang biasanya lebih sinonim untuk pesakit diabetes.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain