suria

Isteri bunting pelamin, suami gelabah fikir anak luar nikah! Rupanya masih tak cukup ‘ilmu’, tak tahu kira usia kehamilan

Wanita bunting pelamin sering dikaitkan dengan isu hubungan luar nikah. -Gambar hiasan The Star

IKATAN perkahwinan yang terjalin menggambarkan dua individu sudah bersedia untuk hidup bersama dan menerima baik buruk pasangan.

Kedua-dua mereka juga perlu mempelajari dan memahami 'ilmu' berkaitan perbezaan jantina supaya tidak mudah melatah apabila melihat sesuatu perkara di luar kebiasaan seperti bunting pelamin.

Mana tidaknya, perkara yang jarang berlaku ini sering mencetuskan ‘kontroversi’ disebabkan pasangan tidak mendalami isu kewanitaan.

Ikatan perkahwinan menggambarkan dua individu telah bersedia menerima baik buruk pasangan. -Gambar hiasan

Ikatan perkahwinan menggambarkan dua individu telah bersedia menerima baik buruk pasangan. -Gambar hiasan

Malah, ada juga wanita yang tidak memahami cara pengiraan menstruasi sehingga menyukarkannya mempertahankan diri apabila dituduh sudah melakukan hubungan seksual terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Bagi individu yang bunting pelamin, kebiasaan janin akan berusia awal dua atau tiga minggu sebelum tarikh pernikahan.

Situasi ini sekali gus mengundang pandangan serong masyarakat yang tidak mempunyai pengetahuan tentang isu fiqh kewanitaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Awalnya mengandung!” - Isteri Ayie Floor88 terima komen sinis bunting pelamin, kesuburan mungkin punca cepat hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat angkara ibu bapa, anak perempuan tanggung derita! Lagi sebulan nak nikah baru dapat tahu status tak sah taraf

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang lelaki mempersoalkan tentang kehamilan isterinya kerana mengikut perkiraannya, usia kandungan lebih awal berbanding tempoh pernilahan mereka.

“Kalau empat minggu berkahwin tapi usia kandungan sudah tujuh minggu... tu luar nikah atau bunting pelamin,” ujarnya.

Pertanyaan itu kemudiannya dikongsikan seorang pelayar Twitter yang menyatakan kiraan tempoh kehamilan ditetapkan berdasarkan tarikh akhir seorang perempuan itu datang haid.

Lelaki kalau takut isteri mengandung anak lelaki lain, tolong jangan intercourse terus selepas kahwin.

WARGA MAYA

Ia berikutan ramai yang menyangkakan kiraan usia kehamilan bermula dari tarikh persenyawaan berlaku.

“Kiraan pregnancy duration tu mula daripada last time perempuan period, bukan daripada hari dia bersenyawa,” ciapnya ringkas.

Perkongsian tersebut membuatkan warga maya memberikan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Malah, ramai yang menyatakan baru mengetahui cara kiraan kehamilan selepas membaca beberapa penerangan yang dikongsikan.

“Macam contohnya kalau last period dia dua minggu lepas dan minggu yang disahkan mengandung kira minggu ketiga?

“Macam mana boleh kahwin, kira menstrual cycle sendiri pun tak lepas lagi.

“Terima kasih sebab berani bertanya... banyak manfaat orang lain dapat hasil daripada soalan begini.

Dear lelaki kalau takut isteri mengandung anak lelaki lain, tolong jangan intercourse terus selepas kahwin. Tunggu tiga hingga empat bulan baru buat anak,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain