KEHILANGAN seorang remaja perempuan bernama Dinna Ismalaily, 15, yang berasal dari Kluang, Johor terus menjadi misteri. Sejak menghilangkan diri pada 25 Ogos lalu, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berputus asa untuk keluar mencari anak mereka dengan hanya menaiki motosikal berpuluh-puluh kilometer dari rumah. Menurut kakak kepada gadis yang hilang itu iaitu Dialiesa Irdina, 18, hingga kini mereka sekeluarga masih buntu dan tertanya-tanya tentang apa yang berlaku. "Selama adik hilang, mak ayah saya naik motosikal saja cari dia sebab keluarga kami tak ada kenderaan lain. Pernah juga beberapa kali mak ayah sampai basah kuyup kena hujan semata-mata nak cari Lily (panggilan Ismalaily). Ahli keluarga Irdina. "Ayah saya kerja kontrak meracun rumput. Setiap kali lepas balik kerja dia terus ajak mak pergi cari Lily. Setiap hari lebih kurang 12 jam mak ayah akan keluar rumah di Kluang untuk cari dia. "Namun sampai hari ini kami masih tak jumpa dia. Ada maklumat daripada orang awam mengatakan ternampak dia dekat sekitar Renggam dan ladang kelapa sawit di Kulai tapi apabila mak ayah pergi ke sana tetap tak jumpa," ujarnya ketika dihubungi mStar. Tambah Irdina, usaha mereka setakat ini berakhir dengan kekecewaan walaupun menerima banyak maklumat daripada orang ramai. Hingga kini sebanyak tiga laporan polis sudah dibuat namun tiada sebarang perkembangan positif. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak susut 18kg secara mendadak, doktor sahkan 80 peratus leukemia... ibu gusar tak sempat beraya bersama anak ARTIKEL BERKAITAN: Remaja hilang pada tahun 1976, mayat akhirnya ditemukan bersama kereta dalam tasik Ujar Idina dia juga ada menghubungi satu-satunya kawan baik Lily di sekolah bagi mendapatkan maklumat. "Yang kami tahu sebelum ni ada orang cakap ternampak dia dekat ladang kelapa sawit dengan seorang lelaki, tapi apabila mak ayah pergi sana tak jumpa. Kami tak kenal siapa lelaki tu tapi ramai cakap Lily bersama seorang lelaki dewasa. "Kami ada hubungi kawan baik Lily tapi dia sendiri pun tak tahu apa-apa. Cuma kami diberitahu sehari sebelum dia hilang, Lily dah kemaskan semua buku-buku dan alatan tulis bawah meja di sekolah," katanya. Imbas Irdina yang bekerja di sebuah kedai makan di Kluang, Johor, Lily sebelum ini pernah mengadu mengenai masalah di sekolah. Yang pasti, masalah keluarga memang tak ada sebab hubungan kami semua okey saja dengan dia. DIALIESA IRDINA KAKAK Menurut cerita kakak lagi, Lily kerap memberikan alasan kerana tidak mahu pergi ke sekolah disebabkan rasa dipinggirkan kawan-kawan. "Saya tak pasti kenapa sebenarnya dia lari dari rumah. Sebelum ni dia ada mengadu, ramai kawan-kawan dekat sekolah 'pulau' (elakkan diri daripada) dia. "Kadang-kadang dia bercerita juga fasal masalah di sekolah. Tapi ada masanya dia banyak pendam dan diamkan diri saja di bilik. Yang pasti, masalah keluarga memang tak ada sebab hubungan kami semua okey saja dengan dia," ujar Irdina. Bercerita lanjut, Irdina mereka percaya Lily melarikan diri dari rumah sekitar pukul 1.20 pagi. "Masa tu mak dan ayah tidur dekat pondok depan rumah sebab panas. Ketika nak masuk dalam rumah semula, mereka tengok pintu depan rumah terbuka. Irdina (kanan) bersama Lily. "Mereka pergi bilik ke bilik cari dia. Masa tu beg dia dah tak ada. Barulah mak saya tersedar yang sebelum ni dia pernah cakap tak sabarnya lagi dua hari. Apabila mak tanya kenapa, dia tak beritahu pun. Rupanya dia bagi hint nak lari rumah. "Sebelum dia hilang perangai dia semakin pelik. Lily suka menyendiri dalam bilik. Dia ada keluar bilik untuk makan tapi dia tak banyak berborak macam biasa," jelasnya lagi. Dalam kesempatan ini, Irdina berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tentang adiknya dapat membantu mereka. "Kalau ada orang terjumpa adik saya, tolonglah minta dia balik rumah. Ayah dah cakap, dia tak akan marah atau pukul Lily kalau dia balik. Kami semua sayangkan dia. "Selama ni pun ayah cuma tegur biasa kalau buat salah tapi dia mudah tersentuh. Ada kalanya sampai menangis sebab terasa hati kena marah. Kami faham keadaan dia sekarang pun sudah cukup tertekan," ujar kakak Lily. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube