suria

“Mungkin guna cebok air jamban!” - Pelanggan geli tengok mangkuk mi celup hitam berdaki, kesal peniaga abai kebersihan

Keadaan mangkuk yang uzur namun tetap digunakan peniaga di sebuah premis.

SOAL tahap kebersihan sesebuah kedai makan sering menjadi topik panas yang dibahaskan ramai di media sosial.

Antara isu yang dibangkitkan ialah berkaitan makanan dan kebersihan premis termasuk tandas.

Terbaharu seorang pengguna media sosial menarik perhatian netizen selepas berkongsi foto piring dan mangkuk yang digunakan peniaga.

Keadaan piring yang digunakan sebagai alas mangkuk mi celup.

Menerusi hantaran di Facebook, dia mengakui bukanlah seorang yang terlalu cerewet dan suka memperbesarkan perkara yang mungkin dianggap kecil bagi peniaga.

"Saya ni kalau salah hantar makanan atau minuman boleh je nak makan. Tak minta suruh tukar semula pun.

"Tak cerewet sangat pun. Tapi ni bab lain. Bukan nak viral tapi memang kena viral. Teruk sangat tengok ke mangkuk tu," jelasnya dalam hantaran menggunakan loghat Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tauke restoran mengaku letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan influencer, tunggu KKM serbu! - "Dah terciduk, cakap marketing”

ARTIKEL BERKAITAN: Geram pasar raya tak bagi plastik, pelanggan puas hati dapat aniaya, susahkan staf! Balik rumah ajar 2 rakan taktik kotor sama

Berdasarkan foto-foto dimuat naik, lelaki ini menunjukkan keadaan bahagian bawah mangkuk dan piring alas yang digunakan untuk mengisi mi celup yang dijual.

Kelihatan kesan berwarna warna hitam seperti lumut atau daki melitupi lebih separuh bahagian luar mangkuk.

Sementara itu dalam hantaran sama, lelaki berkenaan turut berseloroh menyatakan kotoran pada mangkuk merupakan penambah perasa kesedapan makanan dihidang.

"Patutlah sedap mi celup dia. Rempah ratus dia tu cukup rasa. Memang 'menjadi molek' mi celup dekat sini.

Layak duduk dalam tong sampah dah kalau mangkuk macam tu.

NETIZEN

"Mungkin mangkuk guna cebok air jamban" ujarnya lagi.

Posting dibuat lelaki ini meraih perhatian netizen yang turut merasakan jijik dengan rupa mangkuk tersebut.

Rata-ratanya turut memberi cadangan supaya alatan seperti pinggan dan mangkuk di kedai tersebut digantikan dengan yang baharu.

Komen netizen di Facebook.

"Tengok barang (mangkuk) tu dah macam dah guna sedekad lamanya.

"Layak duduk dalam tong sampah dah kalau mangkuk macam tu.

"Tauke nak berjimat cermat tak mahu tukar baharu. Lepas tu basuh pun main bilas macam tu je," ujar netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain