suria

“Dia jual buku tapi aku tak beli” - Wanita tersentak dengar jeritan kuat, rupanya pemuda lepaskan stres... Tiada duit nak beli makanan

Pemuda berkenaan dilihat duduk sendirian meratapi nasibnya.

SEBAGAI umat Islam kena percaya dalam rezeki kita juga ada tersimpan rezeki orang lain.

Justeru digalakkan untuk kita sentiasa berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan demi mencari keberkatan dan keredaan Allah.

Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di TikTok apabila wanita ini tergerak hatinya untuk membantu seorang pemuda.

Ujian berbeza untuk setiap insan dalam menempuhi alam kehidupan -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, pemuda tersebut pada mulanya menghampiri mejanya di sebuah restoran untuk menjual senaskhah buku.

"Tadi dia (pemuda) datang ke meja waktu aku makan. Dia jual buku tapi aku tak beli," cerita wanita itu tentang pemuda berkenaan.

Walaupun begitu, ketika wanita tersebut sudah selesai menjamu selera dan bersedia untuk pulang ke rumah, berlaku sesuatu yang menyebabkan dia berubah pendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan buat peniaga macam peminta sedekah, liat langsai hutang! Pesan roti harga RM78 tapi tak mahu bayar

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan sedekah, peniaga letih jadi ‘mesin ATM’ makcik penagih dadah! Bagi RM3 ‘tak layan’, berdrama jika tak dipedulikan

"Waktu aku dah nak balik dari restoran tu, tiba-tiba ada terdengar orang jerit kuat gila. Aku ingatkan siapa, rupanya pemuda tu," ujar wanita tersebut.

Berdasarkan video yang dikongsikan wanita itu di TikTok, pemuda terbabit dilihat duduk bersendirian di bawah tiang lampu berhampiran sebuah stesen minyak.

"Apabila nampak keadaan pemuda tu macam tu, aku jadi kesian pula. Aku pun minta mak aku bagi duit dekat dia sebab aku segan nak bagi sendiri.

Hidup sekarang terlalu keras, semoga ada sinar untuk kita semua.

WARGA MAYA

"Waktu mak aku menghampiri dia, barulah perasan yang dia tengah menangis teresak-esak. Mak aku tanya kenapa, rupanya sebab buku yang dia jual dari pagi ke petang tak ada seorang pun yang beli.

"Luluh hati rasa dengar aduan dia. Dari pagi sampai ke petang tak mampu nak jamah apa-apa makanan pun. Ya Allah, semoga awak terus kuat wahai anak muda," kata wanita itu menitipkan pengharapan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami ujian yang perlu dihadapi seseorang dalam meneruskan kehidupan.

Komen warga maya.

"Ya Allah faham sangat beban yang dia hadapi tu, nak cari kerja bukan senang. Apa lagi pilihan yang dia ada untuk menyara kehidupan dengan cara halal.

"Kita yang berniaga kecil-kecilan kalau tak ada pelanggan datang pun boleh menangis, inikan pula berjalan ke setiap tempat tapi tak ada hasil. Penat kosong sahaja.

"Hidup sekarang terlalu keras, semoga ada sinar untuk kita semua," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain