SIAPA sangka hidangan makan tengah hari biasa juga boleh dicaj dengan harga kayangan! Begitulah yang dialami individu ini dan hasratnya untuk menjamu selera di sebuah restoran terus terbantut tatkala melihat harga yang dikenakan. Melalui satu perkongsian di X (Twitter), individu itu berkata dia hampir menitiskan air mata memikirkan bagaimana seorang peniaga tergamak mengambil kesempatan ke atas dirinya. Netizen mendedahkan dicaj RM13 untuk hidangan seperti dalam gambar di atas. "Tadi aku beli lunch dekat satu kedai ni, pergi je kaunter, makcik tu kira RM24 semuanya. Terkejut betul waktu tu, tapi aku buat biasa je dan lepas tu terus pergi bayar. "Rasa nak menangis waktu bayar tapi aku reda je la. Aku sebenarnya nak tanya macam mana makcik tu kira, tapi muka makcik tu bengis macam nak makan orang," ujar individu itu. Individu tersebut turut memaklumkan makanan apa yang diambilnya dan cuba mencari justifikasi sama ada bayaran RM24 itu adalah berpatutan. ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup pinjam duit, puas minta tauke kurang harga... Wanita terkedu kanopi baru beli untuk berniaga dicuri - “Mahal bagi saya” ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut harga yong tau foo untuk 2 orang hampir RM100, wanita ambil pengajaran makan di mall orang kaya! "Aku ambil lauk rendang kerang satu senduk kecil dan sotong satu senduk kecil, macam dalam gambar tu. Rasa memang sedap tapi harga dia tak boleh nak diterima. "Ke memang harga lauk makanan macam tu sekarang? Cuba fikirkan, RM24 tu harga untuk satu senduk nasi, satu senduk rendang kerang dan satu senduk sotong, tak termasuk pun sayur dan air. "Patut ke harga macam tu atau aku je sebenarnya yang berkira," soal individu itu meminta kepastian. Aku syak dia kira satu-persatu lauk tu, bukan ikut senduk. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengakui harga tersebut adalah di luar kebiasaan. "Rendang kerang dan sotong, kombinasi yang mahal. Tapi gila apa sampai RM24? Aku pun pernah makan nasi kosong dan lauk daging, RM13 sebab segelas air Milo dia caj RM5. "Aku syak dia kira satu-persatu lauk tu, bukan ikut senduk. Contoh macam dalam satu senduk kerang tu, dia kira berapa ekor kerang yang ada sebenarnya. Banyak pula masa dia. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kalau kedai biasa, lauk begini, cincai-cincai patut harga antara RM 10 hingga RM12 je. Tapi kalau kedai luar biasa seperti di Kuala Lumpur atau tempat berkepadatan tinggi, mungkin harga makanan pun akan jadi luar biasa. "Sebab tu kalau di bandar, elakkan ambil lauk kalau tak nak terkejut tengok harga melambung. Itulah realiti sekarang, harga makanan macam boleh pergi haji setiap hari," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube