SETIAP wanita pasti sudah menyediakan senarai perwatakan mahupun jenis lelaki idaman yang ingin dijadikan pasangan hidup. Namun bukan semua berjaya mendapatkan 'prince charming' kerana realitinya watak lelaki berubah selepas berkahwin sehingga ada yang menjadikan alasan tiada persefahaman untuk berpisah. Mana tidaknya, lelaki yang sebelum ini sentiasa menurut kehendak, tiba-tiba bertukar menjadi suami yang penting diri malah enggan bekerjasama dalam isu rumah tangga. Ciapan asal yang dibuat seorang wanita di Twitter. Bagaimanapun, seiring perubahan zaman, kebanyakan suami pada masa ini lebih bersikap lapang dada dan gemar membantu para isteri menguruskan rumah tangga serta anak-anak sekali gus menjadikan perkahwinan lebih harmoni. Seperti perkongsian seorang wanita ini, dia meluahkan rasa gembira apabila melihat kebanyakan lelaki lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak berbanding zaman dahulu. Malah katanya, ketika berada di bilik persalinan untuk menukar lampin bayi, dia melihat beberapa orang isteri sedang menunggu suami masing-masing di bahagian luar. ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan kisah rumah tangga artis... wanita ini dilabel derhaka buat ‘content’ tengking suami, jadikan tempat lepas geram ARTIKEL BERKAITAN: Nasib dapat suami sekeluarga pemalas... ibu mentua suruh masak juadah, adik-beradik ipar perempuan selamba tidur pagi raya "Rasa seronok tengok sekarang suami terlibat dalam pengurusan anak-anak. "Tadi dekat bilik persalinan, isteri duduk menunggu yang suami tukar lampin anak... ada yang buat susu dan tolong tidurkan anak. "Our generation is breaking the cycle," ciapnya ringkas. Isteri kena ada masa garang dan manja. WARGA MAYA Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan rata-ratanya melontarkan pandangan yang sama. "Petang-petang kalau bawa anak pergi taman, nampak bapa-bapa yang bawa dan melayan anak mereka. Saya rasa bersyukur sebab budak-budak dapat ayah yang penyayang dan rajin melayan. "Rasanya macam dah normal sangat perkara ni bapa-bapa yang buat sekarang," ujar beberapa warga maya. Ada juga yang mencadangkan agar lebih banyak bilik untuk menukar lampin bayi di lokasi awam diasingkan dari tandas wanita atau ruang menyusu bagi membolehkan golongan bapa dapat melakukan tugas itu dengan selesa. Urusan rumah tangga turut dilakukan oleh para suami. -Gambar hiasan The Star/Edward Rajendra Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman mempunyai suami yang ringan tulang serta gemar membantu dalam hal rumah tangga. "Alhamdulillah suami saya sendiri yang buat semua perkara kecuali memasak. Uruskan anak, basuh baju dan lain-lain memang dia yang buat... yang penting kerjasama. "Suami saya kalau balik kampung berdua dengan anak, dia boleh uruskan dari A hingga Z. Susu pun boleh buat. Rata-rata warga maya setuju dengan wanita ini dan merasakan golongan suami masa kini lebih rajin membantu isteri. "Betul! Kalau suami ada di rumah, dia akan uruskan anak semua kecuali menyusu sebab susu badan. Jadi saya boleh buat rutin dengan tenang," tambah beberapa warga maya lagi. Dalam pada itu ada juga yang berkongsikan tip supaya mendapat suami yang bertimbang rasa dan gemar membantu isteri. Mana tidaknya, kebanyakan isteri masa kini juga mempunyai kerjaya masing-masing dan antara penyumbang kepada ekonomi keluarga. Justeru bagi mereka, lelaki dan perempuan perlu mencapai persefahaman terlebih dahulu tentang hal rumah tangga sebelum terus ke fasa perkahwinan. "Isteri kena ada masa garang dan manja," ciapnya balas. Namun tidak dinafikan masih ada yang berlagak raja dan mengamalkan sikap penting diri kerana menganggap martabat lelaki akan jatuh jika melakukan kerj rumah atau menguruskan anak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube