suria

Lelaki kecut perut dapat tahu harimau makan durian! Sisa kulit dan biji beri petunjuk ‘pak belang’ masuk kebun

Harimau juga dikatakan meminati durian.

BERADA dekat dengan alam dapat menenangkan jiwa yang gundah-gulana.

Jauh dari hiruk-pikuk kota, keheningan rimba menjadi terapi diri selepas terikat dengan rutin kesibukan duniawi.

Antara aktiviti rekreasi yang menjadi kebiasaan adalah bermandi-manda di sungai atau lebih menarik, mengutip 'raja buah' durian yang gugur di dusun.

Bekas durian yang dikatakan dimakan oleh harimau.

Namun, lain kisahnya untuk lelaki ini apabila dia melalui satu insiden menggerunkan tatkala menyedari mempunyai 'peneman' tidak diundang di dalam dusun durian yang dilawatinya.

Melalui satu ciapan tular di Twitter, lelaki itu berkata dia mula 'menghidu' akan kehadiran haiwan tersebut apabila melihat beberapa butir biji durian yang sudah dimakan licin isinya.

Dalam gambar yang disertakan, dapat diperhatian tiada secalit pun isi durian yang masih bersisa pada biji buah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri dikejar harimau selepas COD, penghantar makanan tidak dapat tidur nyenyak... terbayangkan saiz 'pak belang'

ARTIKEL BERKAITAN: 3 minggu tak pergi kebun, penduduk kampung takut diserang harimau

Peninggalan biji durian tersebut berkemungkinan sudah melewati beberapa hari memandangkan kulit yang ditinggalkan di tepi kelihatan mula membusuk.

Lelaki itu cuba mendapatkan jawapan daripada warga maya dan terkejut dengan respons yang diterima.

"Orang tua-tua kata kalau durian tu dimakan dengan molek dan butir bijinya tersusun comel, itu maksudnya kerja pak Bbelang (harimau).

Kita akan tahu pak belang yang makan durian ini dengan melihat kepada kulit dan biji durian yang tersusun elok.

WARGA MAYA

"Sama ada harimau atau babi hutan je, dua haiwan ni memang boleh makan durian dengan sangat kemas," kata sebahagian warga maya.

Tidak menyangka harimau menjadi penceroboh di dusun, lelaki itu berkata dia kini perlu berwaspada dengan keadaan sekeliling.

"Alamak... ye ke harimau, mula macam tak percaya, tapi apabila dah check video dokumentari, rupanya betul harimau boleh makan durian.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada sebuah dokumentara menunjukkan harimau memakan durian.

"Dah la aku masih di dusun ni, kena berhati-hati nampaknya. Semoga selamat. Sekurang-kurangnya kita tahu harimau di Malaysia masih belum pupus," kata lelaki itu.

Warga maya lain juga terkejut kerana beranggapan harimau adalah haiwan karnivor (pemakan daging) dan tidak terbayang ia boleh menjamah sesuatu yang berasaskan tumbuhan.

Sementara itu dalam satu hantaran di Facebook, seorang pengusaha dusun durian yang mesra dikenali To'Ki mengakui harimau adalah antara 'pencuri' hasil tanamannya.

Tinggalan kulit durian yang didakwa selepas dimakan harimau.

"Ramai terperanjat apabila dapat tahu harimau makan durian. Mereka ni semua orang bandar. Di dusun To'Ki, pernah dua malam berturut-turut pak belang melawat sambil makan buah durian yang gugur.

"Kita akan tahu pak belang yang makan durian ini dengan melihat kepada kulit dan biji durian yang tersusun elok. Selain itu, dah jadi tabiat cara makan pak belang untuk memastikan kulit durian tidak bercerai dari tangkai.

"Lagi satu, yang bagusnya pak belang ini adalah ia tidak rakus, hanya makan sebiji durian setiap kali datang melawat.

"Sebaliknya pula dengan babi hutan, ia akan cuba menghabiskan sebanyak mungkin durian yang ada di dalam dusun," kata To'Ki berkongsi pengalaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain