HUBUNGAN jarak jauh (PJJ) bukan semudah yang disangka. Jika iman tidak kuat, rumah tangga yang terjalin selama bertahun-tahun pun boleh musnah. Ada lelaki yang bekerja 'separuh mati' di luar kawasan demi mencari nafkah untuk isteri, tetapi tidak dihargai. Begitulah nasib malang dialami seorang suami mengenai perkahwinan yang dibinanya sejak lapan tahun lalu. Menerusi satu luahan di media sosial, dia yang bekerja dalam bidang perkapalan terpaksa berjauhan dengan isterinya, dan hanya pulang ke rumah sekali dalam tempoh empat atau lima bulan. Namun dia akhirnya menyedari sesuatu mengenai isterinya ketika pulang bercuti, baru-baru ini. “Aku kerja kapal balik empat ke lima bulan sekali. Dua hari lepas aku nampak dia hantar video bogel kepada bos dia dekat Telegram,” luahnya. Seorang wanita menghantar sesuatu menggunakan telefon bimbit. -Gambar hiasan Lebih menyedihkan, si suami turut mendakwa isterinya juga pernah terlanjur dengan majikan itu. “Sedihnya apabila aku baca chat mereka dah r**en. Aku kerja macam nak mati, ini yang aku dapat?” soalnya penuh kecewa. ARTIKEL BERKAITAN: Terpedaya ‘mulut manis’ Pak Arab, jemaah wanita luah masalah rumah tangga di Madinah... Hujung-hujung tak bagi balik hotel! ARTIKEL BERKAITAN: Suami skandal dengan jiran, bini orang anak 4! Penyondol punyalah baik dengan isteri, petang-petang selalu borak depan rumah Dia tidak menyangka isterinya sanggup berkelakuan curang sedangkan selama ini diberi nafkah hampir mencecah lima angka setiap bulan. “Sebulan nafkah, aku kasi RM8,000,” ujarnya. Kalau tak boleh PJJ, jangan cari pasangan yang PJJ. NETIZEN Kecewa dengan apa yang terjadi, dia dalam pertimbangan untuk menceraikan isterinya. “Aku fikir nak cerai je ni. Apa salah aku? Pertama kali aku ‘koyak’ macam ni. “Duduk laut berbulan tapi bini kau r**en dengan jantan lain,” katanya dengan nada kesal. Rata-rata netizen berang dengan kecurangan isterinya, malah ada yang tidak sanggup untuk membayangkan situasi yang dialami suami malang ini. Dugaan dan ujian pasangan suami isteri. -Gambar hiasan “Dapat RM8,000 ‘percuma’ setiap bulan pun curang. Lepas tu kerja pula dapat pendapatan tambahan dah situ. Nikmat apa lagi yang kau nak dustakan wahai manusia. “”Dia macam tak cukup kasih sayang ke apa? Nafkah suami dah bagi RM8,000. Tak bersyukur pula. Tak faham aku. “Kalau tak boleh PJJ, jangan cari pasangan yang PJJ,” komen netizen. Sementara itu gara-gara pemberian nafkah bulanan yang boleh dianggap lumayan, ramai dalam kalangan netizen yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada lelaki berkenaan. “Nak jadi bini dia, pasti aku setia. “Saja cakap aku single lagi, kalau dia nak cari isteri baharu,” komen yang lain. Perkongsian di laman X @meinmokhtar menjadi tular sehingga dikongsi lebih 2,00 kali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube