REAKSI seorang kanak-kanak perempuan yang menangis selepas melihat tanda tangan bapanya pada borang kebenaran yang diberikan pihak sekolah menjadi tular di media sosial. Menurut Siti Norhasanah Hassan, 31, anaknya terkejut melihat borang itu yang telah ditandatangani bapanya, Safwan Shah Badli Shah, 33, kerana menyangka kertas itu telah diconteng. Dia yang senang disapa Hana berkata, pada masa itu kebetulan suaminya mahu mencuba pen yang baru dibeli justeru terus digunakan untuk mengisi dan menurunkan tandatangan pada borang anaknya, Siti Nor Safiya Hana Safwan Shah atau Yaya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Malam tu Yaya minta daddy (bapa) tandatangan borang keizinan untuk dia pergi lawatan sambil belajar ke pantai dengan kawan-kawan taska. Alang-alang nak sign tu daddy keluarkan pen baharu dia beli. Pen baharulah katakan... memang semangatlah nak rasmikan isi borang anak. "Sudah siap isi dan tandatangan, saya pulangkan semula dekat Yaya. Terus dia terkejut tengok hasil daddy buat. Yaya ingatkan daddy conteng borang dia. Mana tidaknya, tandatangan hampir separuh kertas. "Mula-mula Yaya tak menangis cuma macam nak marah je. Tapi mungkin dah tak tertahan, itu yang sampai menangis. Saya cuba pujuk tapi tak jalan," ujarnya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Demi anak, dua kali ibu angkut sape 7kg dapatkan tandatangan Agong ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak lupa momen bapa cuba nasib minta sign Tunku Abdul Rahman - “Sampai hujung usia ayah cerita kat orang” Dia yang sudah berumah tangga lebih tujuh tahun berkata, saiz tanda tangan tersebut sememangnya sudah menjadi 'trademark' suaminya. Hana yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata dia sebelum ini sudah berkali-kali meminta suaminya untuk mengecilkan saiz tandatangannya. Namun, tanpa disangka tandatangan perunding Takaful (Prudential BSN) yang bersaiz besar itu telah mencetuskan kekecohan di kediaman mereka pada Ahad lalu. "Tandatangan daddy sebenarnya memang dari dulu lagi besar-besar. Saya pun awal-awal dulu terkejut juga tengok tandatangan dia. Selalu juga suruh kecilkan sikit, tapi daddy cakap itulah tanda yang kita ni confident. "Tapi memang Yaya tak dapat terima la. Dia takut teacher marah dan menyebabkan dia tak dapat pergi trip taska. Masa menangis tu daddy terkejut tak tahu apa salah dia sebab memang tak ada niat nak sakat anak," imbas Hana. Ahli keluarga Hana. Dia yang memiliki tiga cahaya mata berkata terpaksa memujuk anak keduanya itu dengan pelbagai cara termasuklah mencetak semula borang tersebut. Kejadian lucu tersebut turut diceritakan kepada guru Yaya kerana kanak-kanak itu terpaksa membawa dua borang yang sama ke sekolah. "Akhir sekali kami minta tolong pak su (bapa saudara Yaya) scan semula borang dan tutup bahagian tandatangan besar tu. Kemudian minta daddy sign semula borang baharu dengan tandatangan lebih kecil. Semoga kejadian ni boleh dijadikan iktibar untuk ibu bapa yang suka sign besar-besar tu supaya berpada-pada tandatangan borang anak. SITI NORHASANAH "Atok pun siap bagi sampul surat untuk pujuk cucu punya fasal. Mujurlah dia berhenti menangis lepas tu. Pagi esok tu terus saya maklumkan dekat teacher mengenai kejadian. "Yaya pergi sekolah dengan bawa kedua-dua borang asal dan yang dicetak semula. Lega, Yaya pun happy sebab dapat pergi jalan-jalan dengan kawan dekat pantai untuk pertama kalinya," ujarnya yang merupakan seorang doktor gigi. Untuk rekod, video dikongsikan meraih lebih 800,000 jumlah tontonan setelah disiarkan. Dalam pada itu, Hana turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa lain. Hana dan suami memiliki tiga anak sepanjang tujuh tahun berumahtangga. "Semoga kejadian ni boleh dijadikan iktibar untuk ibu bapa yang suka sign besar-besar tu supaya berpada-pada tandatangan borang anak. "Budak-budak tak faham apa maksud tandatangan tu. Mereka akan anggap kita conteng. Dah jelaskan betul-betul barulah Yaya faham. "Tapi sampai sekarang pun dia masih ingat. Dia cakap daddy bukan conteng, tu tanda tangan daddylah. Alhamdulillah faham juga anak saya akhirnya," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube