SEORANG pelajar meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi kisah kereta Proton Saga miliknya yang rosak dalam kemalangan jalan raya pada 10 September lalu. Menurut Raja Muhamad Shadiq Raja Ismail, 21, kereta berkenaan dipandu abangnya dalam kejadian malang itu, namun dia bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. "Masa kemalangan tu saya berada di Kuala Lumpur bersama abang yang kedua, kami berjalan-jalan ke sana. Shadiq menggunakan kereta ini untuk berulang alik dari rumah sewa ke kampus. "Kemalangan berlaku di Kelantan, abang ketiga saya yang memandu... dia bawa tak inform saya. Kereta total lost sebab hancur bahagian enjin. Abang saya cakap kalau nak baiki pun tak berbaloi. "Tapi Alhamdulillah dia cuma luka kat kedua lutut je dan sakit-sakit badan. Mujur tiang elektrik tak jatuh timpa kereta," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu. Dua minggu sebelum kereta tu kemalangan, ayah saya kemalangan dengan motor. RAJA MUHAMAD SHADIQ RAJA ISMAIL Meskipun reda dengan apa yang berlaku, Shadiq yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang mengakui 'lumpuh' selepas ketiadaan kereta itu. Menerusi luahan di TikTok, Shadiq berkata kereta terpakai itu dihadiahkan oleh keluarganya pada Oktober tahun lalu bagi memudahkannya untuk berulang-alik dari rumah sewa ke kampus. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik BMW baik hati ‘dianiaya’ mat motor! Setuju ‘settle tepi’ selepas kemalangan, tiba-tiba dapat surat lawyer ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik menggigil sejuk tepi jalan pukul 5 pagi! Keluar sendirian nak cari anak, kemalangan sebab brek motor rosak "Keluarga saya B40, saya masih belajar dan tak dapat kolej. Jadi terpaksa duduk rumah sewa. Sembilan minit ke universiti kalau naik kereta, kalau jalan kaki tak tahu la berapa minit. "Kak Long dengan abang kedua berpakat belikan kereta secondhand untuk ulang-alik dari rumah sewa dan universiti. Kereta itu dibeli guna nama dan slip gaji ibu saudara. "Ayah, kakak dan abang berpakat untuk bayarkan bulan-bulan dengan gaji mereka yang tak seberapa. Jadi kereta tu saya jaga baik-baik. Ulang-alik universiti je," ujar Shadiq yang berasal dari Pasir Mas. Dua minggu sebelum abangnya kemalangan, bapa Shadiq turut berdepan nasib serupa. Lebih menyedihkan, Shadiq berkata bapanya yang juga seorang tukang urut turut terlibat kemalangan sebelum abangnya ditimpa nasib sama dua minggu kemudian. "Dua minggu sebelum kereta tu kemalangan, ayah saya kemalangan dengan motor. Kena langgar lari. Ayah dah okey sikit, cuma jahitan di kaki belum buka. "Ayah saya kerja sendiri je sebagai tukang urut dan penggali kubur kalau ada kematian. Mak saya suri rumah, kadang-kadang jahit baju orang kampung untuk tampung keluarga. "Saya rasa terkejut dan tak percaya kereta saya remuk. Rasa bersalah juga walaupun bukan saya yang memandu ketika itu. Fikir tentang duit lagi," ujar Shadiq. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube