SETIAP daripada kita pasti mempunyai cara tersendiri untuk membantu insan lain dalam kesusahan. Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita berkongsi tentang kesusahan hidup seorang lelaki tua yang dikenali dalam keadaan tak disangka-sangka. Wanita berkenaan yang menggunakan akaun ciraplaici di X berkata kisah bermula apabila pakcik tersebut menahan kereta yang dinaiki bersama ibu dan bapanya. Wanita ini membantu seorang pakcik dalam kesusahan. “Ceritanya tadi on the way nak pergi makan nampak seorang pakcik ni berdiri tengah panas tahan kereta kat jalan raya. Lepas tu ayah pun berhenti tanya kenapa pakcik?’,” tulisnya di X. Menurut wanita itu, pakcik berkenaan yang berusia 54 tahun mengadu mengenai masalah kereta Kancilnya yang dikatakan sudah uzur. "Pakcik ni cakap kereta dia rosak, dia buntu dan kata nak jual je kereta tu sebab tak ada duit nak repair. Ayah pun suruh dia naik kereta dan minta dia tunjuk rumahnya sebab nak tengok-tengokkan. "Sampai rumah dia memang betul kereta rosak, enjin pecah tapi dalam masih elok bersih. Dia kata nak jual tak kisah berapa berapa asalkan terjual. Dia pun tak ada lesen jadi tak boleh buat apa dengan kereta tu. ARTIKEL BERKAITAN: Licik, dalam diam PA ‘miskinkan’ majikan! Jual emas, beg mewah berjoli sakan siap beli kereta - “Satu pun dia tak tinggal” ARTIKEL BERKAITAN: Geng pemuda ‘buat hal’ di lampu isyarat jual baju Melayu premium dari kereta ke kereta... cuaca terik tapi tiada kesan peluh di baju! "Rumah pun rumah pusaka, memang orang kurang senang. Jadi ayah saya bagi duit makan dulu dan penyelesaiannya akan fikir kemudian," tulisnya sambil menambah lelaki itu juga sudah tidak bekerja. Walaupun timbul keraguan mengenai niat sebenar pakcik tersebut, dia dan ibu bapanya tetap menumpangkannya selepas tersentuh hati mendengar pertuturannya yang menampakkan dirinya betul-betul dalam kesusahan. Bercerita lanjut mengenai keadaan pakcik itu, dia sebelum ini pernah diserang penyakit angin ahmar (strok) dan tinggal bersama isteri sahaja di Ulu Tiram, Johor. Kami tolong ikhlas dan waktu tu fikir andai pakcik tu cuma ambil kesempatan, kami reda. CIRAPLAICI Malah, pasangan itu juga dikatakan tidak mempunyai cahaya mata sepanjang hidup bersama. "Adik beradik pun dah lost contact, rumah pun tak ada peti ais. Kadang anak saudara datang bagi makan sikit. Semua ni dah disusun, mungkin Allah gerakkan hati kami untuk berjumpa dengan pakcik ni. "Kami tolong ikhlas dan waktu tu fikir andai pakcik tu cuma ambil kesempatan, kami reda. Dan ini bukan dugaan bagi dia je, tapi dugaan bagi kita juga," ujarnya lagi. Selang beberapa jam kemudian, wanita ini membuat satu ciapan baharu menyatakan bahawa dia telah membantu insan dalam kesusahan tersebut. Bantuan yang diberikan kepada pakcik tersebut. Sebagaimana foto dikongsikan, ciraplaici menghantar makanan dan sedikit barang dapur bagi menampung keperluan hariannya. Ciapan tersebut meraih perhatian netizen sehingga ramai yang mahu membantu meringankan bebanan pakcik tersebut. Namun, tegas wanita ini dalam bebenang di X, dia tidak menerima atau membuka sebarang platform sumbangan atau bantuan setakat ini. Malah, selepas pertemuan itu wanita ini juga menerima mesej di aplikasi WhatsApp dihantar oleh pakcik berkenaan kepada bapanya. Menerusi perbualan itu, pakcik berkenaan meluahkan rasa malu kerana meminta lagi bantuan tetapi keadaan memaksa dirinya untuk meraih sumbangan bagi membayar cukai harta tertunggak berjumlah lebih RM270. Perbualan antara bapa wanita itu dengan pakcik berkenaan yang dihantar semula kepadanya. "Pakcik nak minta tolong sikit. Saya sebenarnya dah berapa bulan lepas ada terima surat berkenaan cukai harta. "Masalahnya pakcik tak dapat nak selesaikan. Pakcik takut rumah kena sita. Itu yang pakcik bimbangkan sekarang. "Ni pakcik ingat nak minta tolong dengan encik (si bapa) sikit. Saya betul-betul minta maaf sangat dengan encik," tulisnya dalam mesej dihantar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube