VIDEO memaparkan seorang isteri yang sarat mengandung membantu suaminya berniaga roti canai pada waktu malam menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya. Menerusi video tular itu, dapat dilihat suaminya sedang sibuk menyiapkan roti canai sambil wanita itu membungkus dan menerima bayaran daripada pelanggan. Perkongsian tersebut dibuat oleh seorang TikToker, Bosmel yang merupakan salah seorang pelanggan dan menceritakan semula kisah pasangan suami isteri itu menerusi tulisan pada video. Tangkap layar video dikongsikan Bosmel. Bosmel sempat berbual dengan wanita itu tentang perniagaannya dan dia memaklumkan masih belum dapat berehat kerana membantu suami mencari rezeki sehingga pukul 11.30 malam. Bersimpati dan dalam masa sama kagum dengan nasib pasangan ini, Bosmel bermurah hati membayar roti canai dipesan pelanggan dari kedai jenis food truck itu tanpa meminta baki wang. "Campur (sekalikan) dengan mereka (pelanggan lain). Nanti beritahu mereka saya sudah bayarkan ya," ujarnya Menurut lelaki itu, dia gagal mencari pekerja yang bersesuaian menyebabkan isterinya yang hamil terpaksa membantunya sejak mula berniaga setahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak bantu peniaga sebab gerai suram, balik rumah pelanggan pula termenung... akhirnya ‘rahsia’ lemang tak laku terbongkar ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini muncul on time bantu peniaga tunai hajat, biasa 50 biji tapi kali ini dapat sedekah 1,000 sushi dari pagi ke malam – “Sebak tengok kanak-kanak seronok, teringat arwah ayah” "Pagi-pagi sudah rehat. Saya cari pekerja dari sebelum isteri kerja lagi. "Dekat sini memang susah dapat orang," peniaga itu memberitahu Bosmel. Walaupun suami isteri ini masing-masing baru berusia 21 dan 20 tahun, namun mereka tidak mengeluh malah tetap bekerja keras mencari rezeki pada usia muda. Tutup kedai pukul 11.30, nak kemas-kemas bagai. Pukul 4 pagi nak keluar lagi. NETIZEN "Dari saya umur 13 tahun (berniaga). Mak ayah susah. Kita nak buat (cari) duit pun susah. "Pergi sekolah pun susah. Saya sudah berhenti (sekolah). Pulang (sekolah) saya pergi kerja. Tak sihat pun kena pergi juga. "Kadang-kadang saya buat dua syif. Pagi dan malam pun kerja. Pagi pukul 4 saya kerja di tempat lain. Sekarang tak tau pun apa itu penat," jelas peniaga roti canai tersebut. Setelah video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 2.6 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen memuji pasangan ini. Jika diteliti di ruangan komen, ada netizen memberitahu trak makanan ini berada di hadapan rumahnya di Alor Setar, Kedah. Komen netizen pada video yang dikongsikan. "Macam ni ke orang dok cakap rakyat Malaysia malas berusaha. Sampai tak tahu penat tu apa. Dunia ni 'keras'. "Wah baru 21 tapi gaya sangat matang. Rajin bekerja. Semoga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga juga Bosmel. "Tutup kedai pukul 11.30, nak kemas-kemas bagai. Pukul 4 pagi nak keluar lagi. Semoga berjaya dik," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube