suria

Tekak teringin nak makan kentang sejuk beku, tapi terbantut tengok harga... Wanita sedih kena ‘downgrade’ hidup, tahan nafsu

Kenaikan harga barang cukup dirasai pengguna pada hari ini.

KEBIASAANNYA setiap kali berkunjung ke pasar raya, kawasan sejuk beku yang menempatkan pelbagai jenis makanan segera menjadi antara ruangan yang pasti akan dilalui walaupun sekadar untuk 'mencuci mata'.

Biasanya sosej, ayam bersalut tepung, kentang dan tempura menjadi pilihan golongan ibu kerana ia merupakan salah satu juadah mudah dan ringkas untuk disediakan ketika perut lapar.

Walaupun bukanlah satu keperluan, namun ia merupakan antara kudap-kudapan popular disajikan segera untuk seisi keluarga tidak mengira cuaca dan masa.

Ramai individu terkesan dengan kenaikan harga barang di pasar raya. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, seorang pelayar wanita di Facebook terpaksa membatalkan keinginan untuk membeli jejari kentang goreng (fries) di sebuah pasar raya.

Katanya, harga kentang goreng yang sudah menjadi makanan kegemaran keluarganya kini semakin mahal berbanding dahulu.

"Fries ni dulu antara makanan yang mampu milik. Tiap-tiap bulan wajib beli buat stok kudap-kudap untuk anak-anak dalam peti ais.

"Dulu yang sekilogram tu baru RM7 hingga RM8. Kalau beli yang setengah kilogram tu baru RM3.90 hingga RM4," katanya dalam nada hampa.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut harga yong tau foo untuk 2 orang hampir RM100, wanita ambil pengajaran makan di mall orang kaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Harga mahal terbongkar, pemilik dedah dah dapat green light KPDN... tak perlu marah kalau tak pernah datang - “Kami bukan kedai tomyam biasa”

Bersama luahan itu juga, wanita berkenaan turut memuat naik foto menunjukkan tanda harga yang ditampal pada cermin peti sejuk beku di sebuah pasar raya yang dikunjunginya.

Jelas kelihatan harga promosi bagi kentang berperisa pedas dengan berat 1kg itu dijual pada harga RM12.99.

"Sekarang ni lalu sebelah (chiller) saya jeling je sebab mahal. Berbulan-bulan dah tak beli.

Saya buat sendiri kentang goreng, biarlah tak ada rupa tapi sedap... jimat berganda.

WARGA MAYA

"Rasa tak berbaloi sebab mahal dan tak mengenyangkan," tulisnya lagi.

Mengenangkan harga barang yang semakin mahal, wanita meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa mengawal perbelanjaan.

Jelasnya, dia terpaksa melupakan sesetengah keinginannya kerana lebih mementingkan keperluan dia dan keluarga.

"Sedih sangat sekarang terpaksa downgrade kan hidup.

"Tahan banyak keinginan dan nafsu demi untuk mencukupkan belanja setiap bulan," luah wanita itu lagi.

Posting tersebut meraih perhatian netizen yang turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan.

Komen netizen pada hantaran dibuat Azlina.

Rata-ratanya turut terkesan dengan kenaikan harga barang secara mendadak bagi makanan segera.

Malah ada juga yang memberi cadangan kepada golongan ibu agar membuat sendiri jejari kentang goreng untuk hidangan seisi keluarga.

"Betul-betul mahal. Kalau kita selalu beli memang tahu harganya mencanak naik.

"Eloklah tak makan. Beritahu anak-anak makan (fries) tak sihat. Nugget pun. Semua mahal la.

"Saya buat sendiri saja kentang goreng. Biarlah tak ada rupa tapi sedap. Jimat berganda," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain