suria

Ustazah hayun pelempang, hilang sabar budak 7 tahun cari surat tak jumpa... Cikgu saksi kejadian pula pura-pura terkejut - “Merah sangat ke?”

Laporan polis dibuat berhubung isu kanak-kanak dilempang ustazah.

PENDEDAHAN seorang wanita yang mendakwa murid lelaki tahun satu dilempang ustazah di sebuah sekolah di Klang, Selangor mengundang kemarahan ramai.

Dakwa sepupu mangsa menerusi bebenang di halaman X, guru berkenaan bertindak sedemikian pada Isnin lalu gara-gara muridnya tidak menjumpai surat yang dikehendaki.

"Ustazah tu minta surat, sepupu saya cari dalam beg tak jumpa. Kemudian disebabkan sepupu saya tak jumpa dia lempang budak tu.

Perbualan di WhatsApp antara bapa mangsa dan salah seorang guru.

"Kenapa dia tak tolong cari? Kenapa kena lempang depan orang ramai?

"Dia baru berumur tujuh tahun. Budak tu (berkulit) putih memang nampak muka berbekas kena lempang," ujarnya.

Bercerita lanjut, wanita itu turut mendakwa insiden kekasaran terhadap murid berkenaan turut disaksikan beberapa guru lain namun tiada sebarang tindakan diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu lempang kakak sampai sakit gigi” - Ibu kesal guru kasar hukum murid, tak kisah garang tapi jangan sentuh muka, kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak langkah keluar LRT tiba-tiba pelempang hinggap ke muka! Pelajar universiti tergamam makcik bertudung jadi agresif

Menerusi bebenang sama, wanita itu turut berkongsi tangkap layar perbualan di WhatsApp antara bapa saudaranya (bapa mangsa) dengan salah seorang guru lain di sekolah bagi mendapatkan penjelasan.

Namun jawapan yang diberikan guru berkenaan menggambarkan seolah-olah isu tersebut tidak serius.

"Kejadian di depan orang ramai, tapi cikgu lain buat tak tahu je. Lepas tu tak ada tanya pun budak tu okey ke tak lepas kena lempang... ibarat benda tu biasa je.

Kejadian di depan orang ramai, tapi cikgu lain buat tak tahu je.

SEPUPU MANGSA

"Anda sebagai pendidik lagi pula ustazah, you should know better. Boleh pula cikgu-cikgu lain cakap macam ni... merah sangat ke?.

"Ustazah tu badan sah la lagi besar daripada budak umur tujuh tahun. Apa bendalah kau fikir masa lempang ye? Badan besar tangan pun mesti besar kan," katanya.

Tambahnya, sejurus kejadian tersebut berlaku, ibu mangsa terus membawa anaknya ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

"Lepas kena tu, mak dia bawa budak tu pergi klinik. Lempang fresh lagi siap pakej bengkak.

Surat doktor yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa.

“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati bahagian pipi kiri mangsa bengkak, merah dan sakit,” katanya.

Difahamkan laporan polis juga sudah dibuat oleh bapa mangsa di Balai Polis Klang pada Selasa.

Tambah wanita itu lagi, guru besar di sekolah mangsa baharu sahaja menghubungi keluarga murid terbabit pada Rabu bagi menyelesaikan isu berbangkit selepas ia tular di media sosial.

Namun dia sedikit kecewa setelah mendengar alasan pihak sekolah yang mengatakan mereka sibuk dengan kursus hingga menyebabkan lambat memberi respons.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain