DAPAT nafkah RM8,000 sebulan pun tak bersyukur! Begitulah reaksi orang ramai tentang seorang wanita yang menjalinkan hubungan sulit dengan bos sendiri gara-gara suaminya keluar bekerja untuk tempoh lama. Selepas berita itu disiarkan mStar pada Isnin, rata-rata melahirkan rasa simpati kepada si suami yang bekerja dalam bidang perkapalan kerana perkahwinan selama lapan tahun dikhianati. Terbaharu, lelaki malang itu tampil membuat pengakuan dia susah menjatuhkan talak kepada isterinya. “Aku dah lafazkan cerai. Bukti semua dah simpan untuk fight (di mahkamah),” luahnya. Dugaan suami isteri mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan Malam menurut lelaki berkenaan, dia sudah bersemuka dengan majikan kepada isterinya, yang didakwa terlanjur bersama. “Bos dia pun dah jumpa aku, siap mengaku isteri aku hamilkan anak dia. "Pedih sakit, tapi jantan tak boleh keluar air mata,” katanya menerusi perkongsian di laman X @meinmokhtar yang dikongsi 3,000 kali. Sebelum ini mStar menyiarkan tentang luahan lelaki berkenaan yang terpaksa berjauhan dengan isterinya, dan hanya pulang ke rumah sekali dalam tempoh empat atau lima bulan. Kecurangan isterinya terbongkar apabila dia menemui video bogel yang dihantar kepada majikan tempat wanita itu bekerja menerusi aplikasi Telegram. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi pemuas nafsu bos, hantar video bogel di Telegram... Hati suami kerja offshore remuk, nafkah RM8,000 pun tak bersyukur ARTIKEL BERKAITAN: Terpedaya ‘mulut manis’ Pak Arab, jemaah wanita luah masalah rumah tangga di Madinah... Hujung-hujung tak bagi balik hotel! Dalam pada itu kisah suami malang itu turut meraih perhatian seorang peguam syarie, Hasanah Johari. “Jangan ceraikan dulu. Buat settlement dan arahkan dia gugurkan segala haknya selepas bercerai. Jika tidak, dia akan ‘play victim’ (mangsa keadaan). “Spesis ini kalau daripada awal tak reti jaga maruah, nanti lepas cerai mereka tak malu nak tuntut macam-macam. ‘Koyak’ dua kali kau nanti,” komennya ringkas menerusi satu ciapan. Isteri dan bosnya boleh didakwa jika suami ada bukti kukuh seperti dinyatakan... hukuman bagi kesalahan ini berat. HASANAH JOHARI PEGUAM SYARIE Susulan itu mStar menghubungi Hasanah bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang saranannya agar si suami tidak terburu-buru menceraikan isterinya. “Kalau suami itu baca ciapan saya, dia seharusnya tangguhkan dulu cerai tu. Failkan sabitan nusyuz ke atas isteri. Waktu ini la tunjuk segala bukti dan saksi bos tu. “Ataupun, suami boleh memfailkan fasakh atas sebab isteri berkelakuan keji dan berkawan dengan lelaki keji. Kesan fasakh ini berat tau,” katanya kepada mStar. Seorang wanita menghantar sesuatu menggunakan telefon bimbit. -Gambar hiasan Selain itu Hasanah turut menyarankan supaya si suami membuat aduan kepada pejabat agama mengenai isterinya melakukan persetubuhan haram. “Isteri dan bosnya boleh didakwa jika ada bukti kukuh seperti yang dinyatakan. Hukuman bagi kesalahan ini berat,” ujarnya. Kebiasaannya masyarakat mendengar tentang kisah isteri dicurangi kerana luahan mereka, namun kata peguam ini, terdapat kes-kes di mana suami turut dicurangi. “Tapi lelaki ini (kes isteri curang dengan bos) malas fikir dan settle cepat. Sedangkan sepatutnya mereka selesaikan dahulu semua perkara sebelum melepaskan isteri curang ni sebagaimana dalam ciapan saya tu,” katanya. Dalam pada itu, Hasanah turut berkongsi pengajaran mengenai isteri yang curang terhadap pasangan mereka bahawa suami yang dicurangi juga ada hak daripada segi undang-undang. “Cuma mereka kena cakna untuk mempertahankan hak. Ini tidak, apabila isteri curang, ceraikan macam tu je. “Ingat nak settle cepat. Selepas cerai, isteri tiba-tiba rasa dirinya mangsa dan mula tuntut nafkah iddah, mut'ah, tunggakan nafkah isteri. “Pening lagi kepala suami nak turun naik mahkamah. Sebab tu seperti yang saya katakan, saya kasihan dengan mereka yang dikhianati sekali, kemudian dikhianati lagi dengan tuntutan selepas cerai,” katanya lagi. Mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Persetubuhan luar nikah), lelaki yang melakukan persetubuhan dengan perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan. Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Di bawah seksyen sama, perempuan yang melakukan persetubuhan dengan lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan. Jadi, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube