SETIAP individu pastinya inginkan kehidupan yang selesa terutama sekali di ruang kediaman sendiri. Mana tidaknya, selepas penat bekerja, rumah adalah lokasi terbaik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Namun situasi pastinya berbeza sekiranya mendapat jiran yang tidak bertimbang rasa. Seperti luahan individu ini, dia berasa tidak selesa apabila berada di rumah sendiri kerana terpaksa menghidu bau busuk dari kandang kambing yang dibina jirannya. Ternakan kambing mampu memberi pulangan besar kepada pemilik. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof Bukan itu sahaja, haiwan ternakan itu juga sering membuat bising pada waktu malam sehingga menyukarkan dia sekeluarga untuk tidur dengan nyaman. Disebabkan masalah yang dialami itu berlarutan sekian lama, dia meluahkan di grup Facebook Tanya Peguam bagi mendapatkan pandangan tentang tindakan yang boleh diambil. Menurutnya, dia sudah berbincang dengan jiran tersebut namun individu berkenaan enggan memberi kerjasama. "Saya mahu bertanya, dekat mana saya boleh mengadu tentang jira yang bela kambing. Memang banyak sebelah rumah pusaka saya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak bincang dulu, tiba-tiba jiran sebelah bina tembok... Rumah sendiri ‘auto’ nampak cacat dinding tak plaster - “Laluan angin dah tertutup” ARTIKEL BERKAITAN: Depan baik, belakang kutuk! Suami isteri terkejut polis datang cari, rupanya makcik sebelah punya angkara - “Saya orang tua tak takut mati” "Dia buat kandang kambing sebelah rumah saya, memang tanah dia tapi masalahnya dia buat kandang kambing jauh dari rumah dia sebab tak mahu busuk. "Rumah kita? Kalau hari hujan, baunya busuk ya amat. Tengah malam, kita nak tidur tapi kambingnya asyik mengembek," luahnya lagi. Situasi yang dialaminya itu membuatkan warga maya tampil memberi pandangan masing-masing. Jadilah jiran yang berfikiran sihat, jangan fikir untung sendiri sahaja. WARGA MAYA Tidak kurang juga yang mengutuk tindakan jiran tersebut kerana disifatkan pentingkan diri serta tidak reti hidup bermasyarakat. "Kambing atau lembu dekat dengan rumah memang busuk sangat. Buat aduan, hidup ni kena ada adab berjiran, nak bela haiwan ada kawasan dia. "Saya pernah buat aduan pada majlis daerah sebab jiran saya bela ayam... memang busuk baunya. Tak sampai seminggu (penguatkuasa) datang satu van bagi amaran untuk sisa reban. Antara reaksi warga maya pada luahan pelayar terbabit. "Jadilah jiran yang berfikiran sihat, jangan fikir untung sendiri sahaja. Apabila kena kecam, cakap Melayu menjatuhkan Melayu padahal sendiri yang buat silap," ujar beberapa warga maya. Segelintir warga maya turut berkongsi cara untuknya membuat aduan supaya dia tidak bergaduh ataupun bermasam muka dengan jirannya. "Guna aplikasi di bawah biro aduan Jabatan Perdana Menteri... ambil anonymous dan tak payah pergi majlis nanti mereka kantoikan, awak bergaduh dengan jiran. "Buat dekat Jabatan Pertanian Daerah dan cover report di balai polis. Ini bukan setakat mengganggu ketenteraman tapi juga akan mengundang masalah kesihatan," tambah segelintir netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube