suria

Selera terbantut! Pelanggan kecewa peniaga tergamak jual ayam bakar rentung, tak sanggup nak bagi mak ayah makan

Seorang pelanggan kecewa apabila menerima menu tempahan ayam bakar yang hangus.

SUDAH menjadi kebiasaan, kebanyakan makanan yang dibeli di kedai tidak menepati standard yang kita harapkan.

Ada yang terlalu berminyak, kurang rasa ataupun tidak dimasak dengan baik.

Seorang wanita dikenali sebagai Natasha Juan berdepan perkara sama apabila makanan yang dibeli menerusi aplikasi penghantar makanan dianggap sangat menyedihkan.

Peniaga perlulah bersikap jujur dalam menyediakan makanan kepada pelanggan. -Gambar hiasan

"Biasanya saya tak kisah fasal benda macam ni.

"Saya tak nak kacau orang punya periuk nasi (rezeki berniaga).

"Tapi yang ini agak melampau. Pesan ayam bakar, yang dihantar ayam rentung," kata Natasha Juan menerusi hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kena scam peniaga bazar Ramadan, tahan marah dapat murtabak rentung! - “Ni aku malas beli dah siap bungkus”

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

Menerusi luahan sama wanita itu turut berkongsi sekeping foto menunjukkan menu ayam bakar.

Namun malangnya kulit ayam pada bahgian paha yang diterima kelihatan terlalu hitam dipercayai sebagai kesan hangit terbakar.

Bersama-sama ayam bakar itu ialah nasi putih, tauhu goreng, tempe, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Kalau untuk saya mungkin masih dapat berdiam diri. Ini tempahan untuk mak ayah

NATASHA

Tambah Natasha yang dipercayai berasal dari Kuching, Sarawak, lebih membuatkan dia kecewa apabila makanan yang dipesan itu adalah untuk ibu bapanya.

"Kalau untuk saya mungkin masih dapat berdiam diri. Ini tempahan untuk mak ayah," katanya penuh kecewa.

Hantaran pastinya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut marah dengan sikap peniaga.

Mereka turut berasa hairan bagaimana segelintir golongan peniaga yang tidak jujur dalam mencari rezeki.

Sebahagian komen netizen pada hantaran di Facebook.

"Siapa cef dia ni? Pandai ke tak panggang ayam?

"Confident level tinggi masa pack order.

"Kalau saya hidangkan macam ni mesti kena complaint sampai viral.

"Jangan pernah hidangkan dekat orang lain apa yang kita tak akan makan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan