HARI graduasi dianggap sebagai kemuncak kejayaan setiap pelajar universiti dan kebiasaannya disambut bersama ahli keluarga khususnya ibu bapa tercinta. Namun, bagi pelajar Universiti Sultan Azlan Shah ini, dia tidak berpeluang merasai momen membahagiakan itu ketika majlis konvokesyen Disember tahun lalu kerana diraikan tanpa kehadiran ibu tersayang. Menurut Nur Ashikin Masiron atau Eqin, pada hari tersebut dia cuma mampu mengimbau kenangan bersama ibunya yang meninggal dunia pada 21 Oktober 2021 akibat serangan jantung. "Masa tu saya ambil gambar berdua dengan ayah dekat luar dewan. Saya tengok ramai pula graduan lain tengah tangkap gambar berpelukan dan cium mak ayah mereka. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya pun automatik rasa jealous dan terus menangis sebab mak dah tak ada. Rasa sedikit kekurangan dekat situ. Saya mula-mula tu cover menangis sikit-sikit je. "Tapi ayah nampak anak dia ni menangis jadi dia cubalah pujuk. Lagi dia pujuk lagi teruk sampai teresak-esak sebab tak boleh kawal perasaan," ujar lulusan Diploma Teknologi Maklumat ini. Menceritakan mengenai posting dikongsikan di TikTok, salah satu klip video yang dikongsikan merupakan momen ketika bermaaf-maafan pada pagi Hari Raya Aidilfitri 2021. Kata-kata ibu Eqin ketika video itu dirakam sentiasa segar dalam ingatan, menambahkan lagi rasa sedih dalam dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gadis dapat anugerah tertinggi di kolej tapi tak beritahu mak ayah, drama air mata di dewan konvo melarat sampai balik rumah ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pengantin Ijazah Kelas Pertama’ terkejut majlis kenduri bertukar hari graduasi... suami sarung jubah, mak ayah hantar skrol di pelamin "Dalam video tu kami tengah bermaaf-maafan. Sambil salam cium tangan ibu, dia tanya saya bila habis belajar? Tahun depan kan? Tak sabar nak tengok adik nanti (terima diploma). "Petang sebelum ibu meninggal tu dia ada call saya dan bagi pesanan suruh belajar rajin-rajin dan jangan tinggal solat. Dia berdoa agar cita-cita saya tercapai dan jaga ayah elok-elok. "Waktu tu saya pelik dia cuma sebut tentang ayah. Tapi sebelum ni ibu memang selalu bagi pesanan dekat saya. Tak sangka tu pesanan terakhir saya terima dan paling bermakna bagi saya," katanya. Merupakan anak bongsu dalam keluarga, dia berasa terkilan setiap kali memikirkan dirinya tidak sempat membalas jasa ibu setelah memasuki alam pekerjaan. Dalam kenangan... Eqin ketika bersama arwah ibunya. Malah, dia juga berasa sedih apabila tidak dapat berkongsi kegembiraannya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang dengan arwah. "Saya tak boleh lupa masa arwah ibu sanggup gadaikan gelang kesayangan dia semata-mata nak belikan laptop untuk saya sambung pengajian. Sedih sangat sebab rasa menyusahkan dia, kami bukan daripada keluarga senang. "Saya berjaya tamatkan pengajian dengan diploma kelas pertama tapi ibu tak sempat tengok sedangkan dia paling teruja masa saya dapat masuk IPT. Sekarang pula saya kerja sebagai akauntan dalam bahagian construction sambil sambung pengajian peringat ijazah. Memang ralat sangat tak dapat belikan dia macam-macam sedangkan itulah impian sebenar saya. NUR ASHIKIN "Ibu tak sempat nak merasa duit gaji saya. Memang ralat sangat tak dapat belikan dia macam-macam sedangkan itulah impian sebenar saya. Tapi saya pujuk hati sendiri dan fikir yang saya masih ada ayah yang bangga dengan diri ni," katanya lagi. Anak jati Johor Bahru, Johor, ini menitipkan pesanan agar orang ramai menghargai ibu bapa mereka selagi mereka masih ada. "Kita tak tahu Allah pinjamkan mak ayah sampai bila jadi berusahalah untuk banggakan dan berbakti kepada mereka. Eqin mendapat keputusan cemerlang. "Apa-apa pun bagi mereka yang pernah merasai kehilangan, jangan berselih. Masih ada lagi yang nak tengok kita berjaya dan sayangkan kita. "Saya doakan semoga semua orang yang sudah kehilangan ibu atau bapa lebih kuat menghadap hari-hari yang mendatang," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube