suria

Ibu 4 anak dedah cari lelaki muda selepas 14 tahun kahwin, suami cepat longlai setiap kali bersama

Masalah lemah syahwat boleh menjadi punca keretakan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

MEMPUNYAI suami yang penyayang merupakan rezeki terindah buat seorang wanita dikenali sebagai Syima yang juga ibu kepada empat cahaya mata.

Di sebalik kebahagiaannya, tiada siapa tahu Syima sebenarnya menderita sepanjang 14 tahun berkahwin gara-gara suaminya mengalami masalah lemah tenaga batin.

Menerusi perkongsian di media sosial, Syima berkata dia kecewa kerana tidak mendapat layanan itu daripada suami atas faktor kesihatannya sekali gus membuatkan dia mula menjauh terhadap suami.

file7i2pnlj40he1duaat68d

Setiap isteri mendambakan kasih sayang dan perhatian suami. -Gambar hiasan

"Suami seorang yang baik. Tak tinggi suara, jaga solat, dan tak pernah berkira dengan saya. Keluarga dan kawan-kawan memuji kami sebagai pasangan bahagia. Apatah lagi suami yang soft spoken. Kawan-kawan cakap beruntungnya saya dapat suami yang lembut,” ujarnya.

Wanita ini turut mendedahkan, dia tidak pernah merasai nikmat hubungan intim dalam rumah tangganya kerana setiap kali bersama, si suami terlalu cepat mencapai klimaksnya.

Malah dedahnya, si suami terus tidur selepas mencapai kepuasan kadang-kadang tidak sampai satu minit mereka bersama.

Saya dah lama bersabar dengan suami. Ya Allah, kuatkanlah imanku agar tidak terjerumus di lembah maksiat.

SYIMA

"Lama kelamaan saya jadi bosan nak ajak suami. Sebab ia tak berakhir dengan kegembiraan. Saya cuba reda, tapi saya tak boleh lari dari rasa bengang dan marah. Rasa tertipu dengan suami," luah wanita berusia 39 tahun yang sebaya dengan umur suaminya itu.

Menurut Syima, dia juga pernah menyuarakan tentang masalah itu, namun suaminya tidak pernah berikhtiar untuk mencari jalan mengatasi masalah yang dialami.

Ekoran masalah yang tiada penyelesaian, Syima akhirnya berkenalan dengan seorang jejaka bujang, namun dia masih mampu mengawal nafsunya daripada melakukan perbuatan terkutuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami asyik timbul ghairah di pejabat, isteri rasa ‘tak senonoh’... rimas selalu kena video call layan kehendak

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘penasihat’ kaum isteri bab layan batin suami... kongsi teknik seks, kisah dalam kelambu! Ramai desak pihak berkuasa ambil tindakan

"Disebabkan saya sunyi belaian dan perhatian suami, saya mula cari kawan berbual. Saya kenal lelaki bujang di media sosial. Dah beberapa kali jumpa tapi tak pernah buat benda tak elok. Saya cuba kawal walaupun terasa 'sangap' (gersang) tak dapat dengan suami,” katanya.

Jelas Syima lagi, pemuda yang dikenalinya itu mengajaknya kahwin dan memberi nasihat agar dia menuntut fasakh namun, dia merasakan cara itu tidak adil terhadap pemuda berkenaan yang masih bujang sedangkan dia sudah memiliku empat orang anak.

Namun, Syima tidak menafikan, kadang-kadang imannya lemah diuji sehingga dia pernah terasa untuk melalukan perbuatan terkutuk dengan pemuda itu.

file61i2sj63wufcx4gugri

Perbuatan curang boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Dah la tak dapat kepuasan, game pun jarang-jarang. Sebulan adalah satu atau dua kali. Takkan nak minta dengan orang lain? Lelaki itu minta saya mohon fasakh segera. Dia janji nak bahagiakan saya. Tapi saya ada empat anak, tak adil dengan dia yang bujang dan enam tahun muda daripada saya.

"Kadang naluri jahat saya fikir, buat apa susah-susah nak kahwin, boleh saja ajak lelaki itu, Saya dah lama bersabar dengan suami. Ya Allah, kuatkanlah imanku agar tidak terjerumus di lembah maksiat," ujar Syima lagi.

Dalam perkongsian sama, Syima berkata dia berharap kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada pasangan suami isteri lain agar tidak memandang rendah soal batin dalam perkahwinan.

Sehingga kini, posting mengenai kisah Syima dan suaminya meraih hampir 40,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain