suria

“Baby dah keluar, dia tak nak bertanggungjawab” - Wanita merana berpantang sendirian, kekasih janji nak kahwin menghilang

Pergaulan bebas lelaki dan wanita menjadi punca kelahiran anak luar nikah. -Gambar hiasan

SETIAP manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dalam hidup mereka.

Gara-gara cinta seorang wanita sanggup menyerahkan tubuh kepada kekasihnya sehingga akhirnya melahirkan seorang anak luar nikah.

Menyesali apa yang berlaku, wanita itu tampil menyuarakan kebimbangannya menerusi media sosial, sekali gus mahu mencari keadilan buat dirinya.

hamil2

Membesarkan anak sendirian menjadi cabaran besar buat golongan wanita. -Gambar hiasan

Dakwa wanita itu, lelaki tersebut enggan bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan perkara itu membuatkan dia sekeluarga terpaksa menanggung malu.

"Maaf ya saya manusia biasa buat kesilapan mohon jangan kecam, saya nak minta pendapat. Saya terlanjur dan baby dah keluar, sekarang tengah pantang 30 hari.

"Lelaki tu tak nak bertanggungjawab. Ayah saya dah call ayah belah lelaki ni dan ajak berkahwin dan buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Saya dah la belum habis pantang terus dia tinggalkan saya dengan anak. Dia janji nak bertanggungjawab.

PENGADU

"Tapi bapa dia tak benarkan kahwin, tak benarkan buat ujian DNA. Jadi apa tindakan saya perlu buat ya?" ujar pengadu menerusi satu luahan di media sosial.

Lelaki tersebut bukan sahaja enggan bertanggungjawab atas kehamilan dan bayi berkenaan, malah dia juga didakwa terlibat dalam penggunaan bahan terlarang.

Tambah wanita itu, dia sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan turut terfikir untuk memfailkan saman ke atas pasangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bunting pelamin, suami gelabah fikir anak luar nikah! Rupanya masih tak cukup ‘ilmu’, tak tahu kira usia kehamilan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia baik sangat orangnya” - Teman wanita buka mulut, puji peribadi suspek kes bunuh skandal hamil luar nikah

"Kalau report polis jalan tak? Lelaki tu kena reman tak? Lagi satu dia aktif hisap ganja sebulan sekali. Kalau saya report yang tu juga agak polis buat ujian air kencing tak?

"Boleh saman apa ya kalau macam ni dan polis akan panggil tak dia selepas saya buat laporan?" ujar wanita itu lagi.

Menurut pengadu, dia kini tertekan untuk meneruskan kehidupan, malah berasa dianiaya apabila lelaki tersebut enggan mengotakan janjinya.

"Maaf, saya dah la belum habis pantang terus dia tinggalkan saya dengan anak. Dia janji nak bertanggungjawab.

"Kalau WhatsApp tunjuk black and white agak boleh tak jadi bahan bukti? Please tolong saya stres," luah wanita itu lagi.

hamil3

Setiap pasangan bercinta pastinya mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

Perkongsian wanita itu dibuat menerusi laman Facebook, namun ia turut disebarkan ke laman X sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

"Nasihat saya untuk pengadu, jangan sesekali kahwin dengan si pelaku anak itu. Tak semua kes terlanjur perlu berkahwin. Kena tengok background dia, dan fikir. Kuat ke aku hidup bersama nanti? Silap-silap cerai. Dah broken kali kedua.

"Sis jaga je anak tu. Saya tahu sukarnya menjadi ibu tunggal, saya dah lalui. Tapi ia lebih baik daripada berkahwin dengan penagih dadah.

"Sebenarnya awak terlepas dari musibah. Dia bukan husband material. Hisap ganja pula tu. Bertaubat dan mulakan hidup baru. Anak awak ada rezekinya. Sayangi dia, didik dia supaya jadi manusia yang bermanfaat. Dia ladang pahala awak," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain