SEORANG penjual burger tidak menyangka kedatangan pelanggan yang membuat pesanan menu istimewa menyebabkan dia kerugian lebih RM90. Dia membuat luahan itu menerusi perkongsian video di media sosial hingga meraih perhatian ramai. “Orang buat scam kat gerai tepi jalan dah lama, tapi kali ini aku pula yang terkena,” katanya. Peniaga berkenaan, Mohd Azroy Johari berkata, kejadian berlaku pada Rabu malam ketika dia berniaga bersama isterinya, Nur’aidah Zaharuddin, 30, di Ampang, Selangor. Azroy berniaga burger bersama isteri. Sekitar pukul 8.30 malam, gerainya didatangi seorang pelanggan wanita dan seorang lelaki dipercayai anaknya masing-masing berusia 40-an dan 20-an, menaiki skuter. “Masa tu pelanggan tak ramai. Mereka order ayam crispy triple dua set, rusa double special satu dan daging double special satu. “Selepas tu mereka cakap kejap lagi datang balik. Dalam beberapa minit kemudian, isteri bungkus order lain kerana pelanggan tengah ramai,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Rare! Nak cari duit lebih punya hal, 4 gadis Ipoh siap set up gerai burger dalam rumah... tapi kenapa belum jual lagi? – “Berasap, habis berbau” ARTIKEL BERKAITAN: Hancur gerai burger dirempuh pemandu mabuk, peniaga bagai ada ‘sixth sense’ sempat peluk anak 5 tahun – “Jarak kereta hanya sejengkal, tak dapat bayangkan kalau...” Ketika pelanggan berkenaan hendak mengambil pesanan, kata Azroy, mereka bertanyakan berapa harga kesemuanya dan mahu menambah tempahan mengikut set pertama. “Harga keseluruhan RM48, selepas tu anak dia datang ambil burger dan letak dalam beg sebelum pergi ke motor. Mak dia cakap, boleh tak buat satu set lagi, menjadikan RM96. “Dia kemudian pura-pura nak scan guna kod QR. Tiba-tiba dia cakap kejap lagi dia bayar, nak ambil duit. Dia naik motor dan terus pergi,” ujarnya yang berasal dari Ampang. Menjual pelbagai jenis burger termasuk daging rusa. Sejurus selepas itu, isterinya menegur kemungkinan mereka ditipu selepas dua pelanggan berkenaan beredar dengan menaiki motosikal. “Scam ni... sebab di kawasan Ampang dah berulang terjadi kejadian seperti ini. Berlaku penipuan di mana pelanggan order banyak, dia ambil dulu tapi tak bayar. Selalu dengar pasal kisah peniaga gerai tepi jalan kena scam, sekarang saya sendiri dah terkena. MOHD AZROY JOHARI “Yang perempuan nampak macam mak-mak, tapi dalam keadaan khayal seperti ambil barang terlarang. Manakala anaknya berbadan gempal. “Kami tunggu sampai gerai tutup pukul 11 malam. Sudahnya mereka tak datang semula, sah kami kena tipu,” katanya. Azroy (kiri) dan isteri berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan. Bapa kepada tiga anak itu pertama kali melihat pelanggan berkenaan, sambil menambah kejadian yang berlaku membuatkan mereka bersikap lebih berhati-hati. Sejak berniaga gerai burger di tepi jalan selama dua tahun, kata Azroy, pertama kali dia melihat kedua-dua pelanggan berkenaan. “Selepas ini kalau ada order yang mahal-mahal, seelok-eloknya saya akan minta bayar dulu. Pernah je ada pelanggan yang order sampai lebih RM100 sebelum ini, tapi bayar. “Tapi tak sangka pula ada yang tak nak bayar. Selalu dengar pasal kisah peniaga gerai tepi jalan kena scam, sekarang saya sendiri dah terkena,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube