suria

Pelanggan tulis ‘nota kecewa’ selepas makan! Kritik tomyam tak sedap tapi dalam mangkuk tiada isi, kuah tinggal sikit

Seorang pelanggan meninggalkan nota teguran kepada peniaga kedai makan.

TEGURAN yang dibuat oleh seorang pelanggan kepada sebuah premis makanan mendapat perhatian netizen.

Dalam satu perkongsian di Facebook Makan Sedap, pelanggan tersebut bertindak menegur peniaga mengenai makanan yang dirasakan kurang sedap.

Sebagaimana ditunjukkan melalui foto dimuat naik, individu bernama Norazida meninggalkan sekeping nota di atas meja bersama semangkuk tomyam yang telah dimakan.

Dia yang dipercayai merupakan pelanggan setia gerai tersebut meluahkan rasa kecewa kerana rasa tomyam yang dimasak sudah tidak sama seperti dulu.

Peniaga perlu menerima kritikan pelanggan dengan hati terbuka. -Gambar hiasan

“Sudah dua kali saya datang, dua-dua datang tak sedap macam dulu dah. Tomyam apa ini, tak ada rasa masam, pedas, manis, lemak.

"Cuma rasa udang kering je lebih, sedihnya,” tulis pelanggan itu di dalam satu nota.

Namun, wanita ini tidak mendedahkan lokasi kedai makan yang dikunjunginya.

Bagaimanapun menurut kapsyen foto tersebut, teguran yang dibuat pelanggan tersebut dianggap sopan dengan menggunakan ayat berlapik.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyakit akhir zaman! UAI tegur pelanggan beratur berjam-jam, rasa hebat beli makanan viral... Peniaga dah tak fikir berkat

ARTIKEL BERKAITAN: “Barang dipaksa beli tidak sah!” - Ustaz Azhar Idrus tegur sistem ‘support vendor’, Kieda pula kata tak sokong peniaga Melayu

Tindakannya itu dilihat bagi menjaga air muka pengusaha atau tukang masak agar tidak didengar oleh pelanggan lain.

"Siapa nak tegur tapi malu-malu boleh buat surat macam ni.

"Harap dia masak sedap sikitlah lepas ni. Tulis bukan main tara (tahap) ni.

"Tegur sebab sayang, jangan salah faham," tulisnya.

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang bersetuju dengan tindakan pelanggan berkenaan.

Buat macam ni pun bagus. Bagi dekat tauke secara peribadi.

NETIZEN

Malah, ada juga individu yang terinspirasi dengan cara itu yang boleh dijadikan contoh dan rujukan di kemudian hari.

"Buat macam ni pun bagus. Bagi dekat tauke secara peribadi. Tapi harap-harap tauke terima dengan hati terbuka.

"Lebih baik teguran macam ni jadi tuan kedai yang sendiri tahu masalah masakan dia daripada kita tegur depan-depan, aibkan saja," ujar netizen.

Dalam pada itu ada juga netizen yang mempertikai mengenai tomyam yang dikatakan tidak sedap tetapi isinya dlihat habis dimakan dan kuahnya cuma tinggal separuh mangkuk.

Komen netizen pada hantaran di Facebook.

Timbul rasa hairan apabila makanan tersebut tetap dihabiskan walaupun dikatakan tidak menepati citarasa.

"Komen tak sedap, tapi dalam mangkuk tinggal kuah je.

"Licin, kuah je tingal," komen beberapa individu lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain