suria

Ibu buat gaun ala ‘Red Indian’ dedah ramai lagi tak puas hati keputusan cikgu... Dakwa kawan anak cabut bunga kertas sebelum ‘catwalk’

Luahan seorang ibu mengenai rekaan kreatif untuk anak-anaknya.

ISU kekecewaan seorang ibu susulan kekalahan anak-anak dalam pertandingan pakaian beragam di sekolah baru-baru ini nampaknya masih belum reda.

Dakwa wanita berkenaan, keberaniannya meluahkan perasaannya secara terbuka di media sosial membawa kepada pengakuan segelintir ibu bapa di sekolah anaknya turut tidak berpuas hati.

“Saya tahu salah saya mengadu nasib secara umum. Tapi apabila saya beranikan diri mengadu, ramai ibu di sekolah anak saya tidak berpuas hati.

“Tema yang disampaikan bukan tradisional, tapi tema kemerdekaan anak-anak mereka pun sangat cantik. Ada pakaian anak lelaki harga beratus mak ayah mereka beli baju uniform.

“Tapi satu pun budak lelaki tak menang. Adakah adil?” katanya menerusi perkongsian terbaharu di TikTok.

Busana yang dihasilkan sendiri (DIY) menampilkan rekaan lain daripada lain.

Menerusi perkongsian sama dia turut mendedahkan butiran mengenai terma dan syarat pertandingan pakaian beragam yang berlangsung pada 15 September lalu.

Menjelaskan lanjut mengenai busana unik yang dipakai anak-anak, dia mengakui kesuntukan masa dan hanya mempunyai tiga hari untuk menyiapkan reka ciptanya itu.

“Walaupun baju yang saya buat ala ‘Red Indian’ tu pakai penyedut minuman, plastik, sekurang-kurangnya saya support barang kitar semula.

“Mesin jahit tak ada, tanya tukang jahit tak nak buat, nak order (ditawarkan) rekaan sama. Saya mestilah nak yang terbaik dan buat sesuatu yang lain daripada lain,” katanya.

Perkongsian seorang ibu mengenai tema pertandingan pakaian beragam di sekolah anaknya.

Sebelum ini mStar melaporkan luahan wanita berkenaan tentang gaun dibuat sendiri (DIY) untuk dua anak perempuannya yang hanya menduduki tempat ketiga dan keenam dalam pertandingan pakaian beragam di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kreativiti ibu buruk di mata cikgu” - Gaun DIY unik kalah dengan baju tradisional, wanita pertikai cara guru bagi markah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak cantik pakai tradisional ala Tokti kalah kepada dress kepuk-kepuk, bapa pertikai ‘ilmu’ juri – “Kita dah merdeka, minda masih dijajah”

Busana dua anak perempuannya itu dihiasi dengan lebih 100 kuntum bunga menggunakan kertas warna berinspirasikan Jalur Gemilang.

Selain mempunyai hiasan bulu haiwan di kepala, gaun yang dipakai juga menggunakan penyedut minuman dan beg plastik.

Sebahagian 100 kuntum bunga daripada kertas dihasilkan untuk rekaan busana.

Mengaku busana yang dihasilkan tidak kemas kerana hanya menggunakan gam dan sedikit jahitan, namun dia berusaha untuk memastikan semua ikatan pada baju anaknya kukuh.

Namun dia dia turut mendakwa berlaku kejadian yang tidak diingini di sekolah hingga menjejaskan pakaian anak-anaknya.

Saya lakukan demi anak-anak... saya suka buat benda pelik dan boleh menghiburkan.

IBU

“Masa anak-anak masuk sekolah, cantik sangat dan semua okay. Apabila kawan-kawan tengok penyedut minuman macam pelik, kawan-kawan tarik dan cabut bunga pada gaun tu.

“Anak-anak cerita banyak dah tercabut, jadi apabila mereka catwalk sewaktu pertandingan berlangsung, semua (hiasan) tak macam mula-mula sebab banyak benda dah tercabut,” ujarnya.

Aksi anak-anak memperagakan busana rekaannya.

Dalam pada itu dia turut mengulangi pendiriannya tentang kekecewaan membabitkan keadilan dalam pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah.

“Saya lakukan demi anak-anak saya. Saya suka buat benda yang pelik dan boleh menghiburkan masa saya yang terluang daripada melakukan perkara yang bukan-bukan.

“Ada yang komen, puan sebenarnya nak hadiah apa? Kereta sebiji atau percutian? Alhamdulillah, kami ada rezeki kereta sendiri untuk bawa keluarga berjalan-jalan.

“Kebetulan suami bekerja bawa orang pergi melancong. Alhamdulillah, anak-anak setiap minggu bergilir-gilir ikut kami bekerja,” katanya yang memaklumkan dia dan suami terlibat dengan bisnes pakej pelancongan.

Wanita ini mahu menghargai pengikut di laman sosialnya yang memberi kata-kata semangat.

Susulan itu dalam perkongsian sama wanita berkenaan meminta maaf jika luahannya mengguris hati mana-mana pihak.

Bagaimanapun dia meminta supaya semua pihak berhenti mengecamnya dan menyuarakan hasrat untuk memberi hadiah istimewa kepada para pengikut yang memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Terima kasih semua sudi bagi kata semangat kepada saya. Terima kasih semua sudi komen baik-baik. Allah sahaja akan balas jasa baik semua.

“Jika diizinkan Allah, saya nak pilih dua orang untuk saya taja percutian ke Hatyai pada Oktober depan. Terima kasih sokong saya,” katanya yang meminta

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain