suria

Mak perangai pelik, carian Google di telefon mengejutkan! Anak takut bawa suami dipanggil ‘sayang’ balik kampung

Telefon sering digunakan sebagai medan carian video pornografi. -Gambar hiasan The Star

TINGKAH laku dan sikap ibu bapa sering menjadi ikutan sehingga ia dikatakan salah satu faktor yang mendorong pembentukan akhlak anak-anak.

Namun pendedahan seorang pelayar X baru-baru ini mengejutkan warga maya apabila seorang ibu yang sepatutnya menjadi suri tauladan telah melakukan sesuatu yang tidak bermoral.

Meskipun anak-anaknya sudah meningkat dewasa dan boleh membezakan baik buruk sesuatu perkara, namun sikap yang ditonjolkan itu adalah tidak wajar.

Telefon pintar memudahkan sesiapa sahaja untuk melayari media sosial mahupun membuat carian di internet. -Gambar hiasan The Star

Telefon pintar memudahkan sesiapa sahaja untuk melayari media sosial mahupun membuat carian di internet. -Gambar hiasan The Star

Mana tidaknya, di usia yang sudah tua, ibunya masih lagi ketagihan pornografi.

"Aku pernah pinjam telefon mak untuk Google resipi sebab dia suruh.

"Tapi aku terkejut selepas tengok history carian mak... kami adik beradik semua perempuan dan sudah berkahwin," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah umur 64 tahun masih ketagih porno, aktif sembang nakal di Telegram! Sisi gelap bapa alim terbongkar lepas anak pinjam telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis mengaku ketagih porno sejak darjah 5, tidur dengan 10 lelaki! Penceramah motivasi anggap puncanya ‘tak dapat cinta lelaki disayangi di rumah’

Kata wanita itu, sikap pelik ibunya itu sudah lama disedari namun tidak menyangka ia berpunca daripada filem pornografi yang sering ditonton.

Malah katanya, setiap kali dia dan suami pulang ke kampung halaman, ibunya pasti akan tidur di ruang tamu tanpa memakai pakaian dalam.

Bukan itu sahaja, ibunya juga akan mengenakan seluar pendek meskipun telah ditegur bapanya.

Sekat nombor mak dalam telefon suami, padam terus pun tak apa.

WARGA MAYA

"Kalau aku dengan suami balik kampung, mak suka tidur dekat ruang tamu tanpa pakai bra... dia pakai seluar pendek.

"Kadang-kadang ayah aku tegur, suruh pakai elok-elok tapi mak aku jawab anak-anak ja pun," katanya.

Lebih mengejutkan apabila suaminya sering dihubungi ibu yang turut memanggilnya dengan panggilan 'sayang' sedangkan panggilan itu tidak pernah disebut kepada dia mahupun adik beradik yang lain.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

"Kami pun dia tak pernah panggil sayang, tapi menantu dipanggil sayang. Salam siap peluk dan cium... aku serius jijik.

"History YouTube semuanya milf (istilah lucah), son and mom. Ya Allah, aku tak tahu nak luah dekat siapa," tambahnya lagi.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakan meluahkan rasa terkejut apabila seorang ibu bersikap tidak bermoral seperti itu.

"Selalu dapat kes begini dengan orang Barat sahaja, tak sangka... jangan bawa balik suamilah, cakap dia sibuk.

"Serius menyeramkan, mungkin boleh follow dan dapatkan khidmat daripada Puan Suzana Ghazali.

"Pertama sekali sekat nombor mak dalam telefon suami, padam terus pun tak apa. Keduanya jangan balik rumah mak ayah dalam tempoh yang lama dan kalau kental boleh bincang bersama sebab baru ni ada kes mak main menantu.

"Kena bagitahu ayah dengan bukti supaya dapat dibetulkan. Jangan libatkan adik beradik yang lain dan biar mak ayah selesaikan sendiri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain