suria

“Macam budak dapat 10E dalam SPM” - Kembar buat live NPC dibandingkan dengan ANC Khairul Aming

Penghasil content NPC ini dibandingkan dengan pempengaruh Khairul Aming.

MEMBUAT reaksi pelik bersama dialog yang sama selepas menerima 'gift' daripada penonton semasa sesi siaran langsung (live) di TikTok semakin menjadi ikutan warga maya.

Mana tidaknya, perbuatan meniru karakter anime atau robot yang disebut sebagai 'non-player character' (NPC) itu memudahkan mereka yang melakukannya menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit tanpa perlu bersusah payah.

Meskipun sesi live itu mendapat jumlah tontonan yang tinggi, kebanyakan daripada penonton hanya meninggalkan komen negatif dan mempersoalkan motif kandungan seumpama itu dilakukan.

Antara tangkap layar aksi kembar yang melakukan NPC.

Antara tangkap layar aksi kembar yang melakukan NPC.

Perkara sama turut diluahkan seorang pelayar X yang merasakan tindakan tersebut sebagai memalukan, apatah lagi ia turut dibuat pasangan kembar wanita berhijab.

"Dah habis kelakar? Macam g*****g adalah," ciapnya ringkas sambil berkongsikan salah satu video NPC melibatkan mereka berdua.

Malah perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya turut mengecam trend seperti itu yang dirasakan membuang masa dan tenaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aksi pelik, jilat aiskrim ketika live... TikToker tiru trend NPC didakwa raih hingga RM10,000 - “Tak apalah gaji sikit, daripada kena jual maruah”

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja senang, ‘gaji’ tinggi! Pelajar raih 50K, hidup mewah selepas tawar servis jadi ‘BF online’ - “Di kolej saya ramai peminat”

Tidak kurang juga yang mempersoalkan pelayar yang memasuki live dan menonton aksi sedemikian sehingga berjam-jam lamanya selain sanggup memberi gift sehingga setiap sesi yang dibuat pasangan kembar terbabit mendapat sehingga 100,000 penonton.

"Beza betul kembar NPC dengan kembar ANC (Anugerah Naib Canselor). Pada aku tak kelakar pun kandungan macam ni.

"Kesian... semuanya semata-mata kerana content. Kalau bakal mak mentua tengok ni mesti terus batal! Aku dah sekat akaun TikTok mereka.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Daripada tengok live mereka, baik aku tengok Sajat... member tengah memasak tu.

"Tak faham view mereka ni ribuan, tak faedah langsung... buang masa ja tengok," ujar beberapa warga maya lagi.

Segelintir pelayar lagi membandingkan penghasil kandungan NPC dengan pempengaruh popular Khairul Aming yang jelas menampakkan matlamat dalam media sosialnya sehingga berjaya membina nama dan empayar perniagaan.

"Kadang aku condemn juga taste hiburan yang suka tengok benda seperti ni. Kalau buat content tutorial make up atau tutorial tudung, aku rasa lagi better.

"Baik interview budak kembar Amin Abid tu, banyak content dia yang memberi manfaat.

"Pada aku tak kelakar pun, content macam ni banyak menampakkan yang content creator versi TikTok tak sebijak Khairul Aming. Content pun b***h macam budak dapat 10E dalam SPM ((Sijil Pelajaran Malaysia)... harap make up tebal, prop terpaling gempak," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain