DEMI tidak mahu membuatkan anaknya yang sedang menjalani Latihan Asas Tentera Darat risau, seorang ibu sanggup menyembunyikan tentang kesakitannya. Bagaimanapun perkara itu terbongkar juga setelah anak perempuannya itu tamat latihan dan si ibu hadir berkerusi roda. Dalam video pertemuan dua beranak itu yang dikongsikan oleh adiknya Nur Intan di TikTok, dapat dilihat kakaknya yang lengkap memakai uniform tentera berjalan laju ke arah ibu yang sedang menunggu di bawah pondok khas. Dia terhenti seketika sebaik menghampiri ibunya sambil menangis apabila melihat keadaan ibunya tidak seperti biasa, sebaliknya berkerusi roda. Perajurit ini menangis di hadapan ibunya bertemu selepas tamat latihan. Dalam pertemuan itu, perajurit itu sambil menangis meluahkan rasa terkilannya kerana ibunya merahsiakan tentang keadaan kesihatan dirinya. “Kenapa tak bagitahu kakak, tolonglah mama. ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun tanggung rindu, siap tukar gambar profil FB... Prebet Iman akhirnya bersemadi sebelah kubur ibu ARTIKEL BERKAITAN: “Kepala aku dihayun jurulatih” - Nota tulisan tangan Allahyarham Prebet Iman cetus tanda tanya, remuk hati kakak baca diari arwah “Kenapa mama tak sayang dekat kakak ke? Kenapa buat macam ni dekat kakak,” katanya yang tidak lagi dapat menahan emosi. Mereka berdua akhirnya menangis saling berpelukan dan seorang lagi wanita yang berada di situ dilihat turut mengalirkan air mata. “Mama sihat tu yang mama mai (datang),” pujuk si ibu sambil menenangkan anaknya yang meraung kesedihan. Maaf kakak, terpaksa tipu cakap mama sihat sedangkan dia sakit NUR INTAN Sebagaimana diceritakan adiknya pada ruangan kapsyen, kakaknya itu menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Negeri Sembilan. Memikirkan kakaknya sedang berada jauh menjalani latihan sebagai askar, ahli keluarga tidak mahu dia berasa susah hati mengenangkan ibunya yang sakit di rumah. “Maaf kakak, terpaksa tipu cakap mama sihat sedangkan dia sakit sebab dia tak nak ganggu kakak sebab tengah jalani latihan,” tulis Intan di ruangan kapsyen. Komen netizen pada video tular di TikTok. Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas tentang penyakit wanita itu tetapi di hujung video dapat didengar seorang lagi perempuan memaklumkan bahawa ibunya sihat tetapi tidak mampu berjalan. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selepas melihat video itu dikongsikan. “Janganlah pagi-pagi macam ni kak, saya dekat tempat kerja ni malu air mata keluar. “Aku faham sangat-sangat seorang anak tengok mama dia dalam keadaan sakit,” antara komen netizen di TikTok. Untuk rekod, video dikongsikan meraih lebih 2.1 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube