suria

Pekerja tukang cuci tebal muka disergah staf syarikat... Insiden mop lantai masih segar - “Saya mampu senyum je”

Aida pernah bekerja sebagai tukang cuci sebelum menamatkan pengajian.

KEJAYAAN menamatkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar di Mesir tidak membuatkan wanita ini hanyut dalam kegembiraan.

Sebaliknya Rose Aida Asyura Sabri bersyukur kerana usahanya selama ini membuahkan hasil walaupun pernah dipandang serong hanya kerana dia bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat swasta.

Ketika dihubungi mStar, gadis berusia 24 tahun itu berkata layanan yang diterima membuatkan dia sedar dan buka mata tentang pandangan segelintir masyarakat terhadap golongan pekerja bawahan.

Aida (berdiri, dua dari kiri) bersama kakitangan lain sewaktu bekerja sebagai tukang cuci.

"Masa saya sedang mop lantai, pekerja-pekerja di situ panggil saya dengan nada kuat. Panggil macam tiada perasaan di hadapan orang ramai.

"Saya mampu senyum je dengan harapan mereka akan lembut hati. Tiba-tiba staf tu panggil dan tanya sama ada saya masih belajar dan di mana. Lepas beritahu belajar dekat Mesir sambil senyum barulah mereka balas senyuman tu semula.

Aida (duduk, kiri) bersama pekerja-pekerja lain yang sama-sama bekerja di sebuah kedai makan.

"Rupanya begitulah tanggapan mereka dekat orang bawahan. Sepatutnya kita hormat dan berakhlak baik kepada semua tanpa mengira pangkat," ujarnya.

Tambah Aida yang berasal dari Kuantan, Pahang, walaupun berpelajaran tinggi, dia tidak memilih jenis atau tempat dalam mencari pekerjaan memandangkan dia pernah bekerja di dua buah syarikat dan satu premis makanan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan glamor setiap masa! Model sambilan buat pengakuan ikhlas, tak malu dedah dirinya kerja cleaner, cuci tandas - “Orang tak tahu apa kita lalui”

ARTIKEL BERKAITAN: Cleaner Nepal ‘pergi’ selepas tinggalkan cap jari di seluruh pejabat, sempat ajar pekerja Malaysia amanah dalam bekerja

Malah kata Aida, tujuannya melakukan kerja sambilan adalah untuk mencari pengalaman sebelum terjun dalam bidang pekerjaan sebenar.

Dalam pada itu anak sulung daripada lima beradik ini memberitahu dia bersyukur kerana menerima bantuan zakat daripada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) bagi menampung pengajiannya sepanjang lima tahun.

"Saya bekerja setiap kali cuti semester sebab mahukan pengalaman dan cari duit poket, sebab tu saya tak memilih kerja. Selain jadi cleaner saya juga pernah jadi guru ganti dan bekerja di kedai makan juga.

Sepatutnya kita hormat dan berakhlak baik kepada semua tanpa mengira pangkat.

ROSE AIDA ASYURA

"Bagi saya semua ni membuatkan kita lebih matang dan berdikari, jadi saya tak malu dan tidak memilih kerja. Jadi tiada alasan bagi sesiapa pun jika nak berjaya... sekiranya dia hidup susah janji ada usaha," katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai foto-foto dikongsikan di laman X, dia berasa terharu apabila berjaya menamatkan pengajian pada Ogos 2023 dengan jayanya disaksikan ibu bapa sewaktu majlis graduasi.

Namun tegas Aida, hantaran yang tular tentang sikap segelintir individu yang suka memandang rendah kepada orang lain itu dibuat sebagai peringatan dan pesanan kepada orang ramai.

clenaer grad 2

Aida gembira menyambut majlis graduasi dihadiri keluarga.

"Famili saya semua hadir dalam majlis graduasi. Saya terharu sangat sebab kami bukanlah sebuah keluarga yang senang jadi usaha mereka nak datang ke Mesir tu buatkan saya terharu sangat

"Tujuan saya post pun sebab nak diri ini dan masyarakat sedar yang setiap manusia itu ada rezeki Allah dah tetapkan. Jadi jangan pandang rendah dekat orang lain.

"Kita tak tahu bagaimana perjalanan hidup seseorang yang kita tak kenal tu. Sebaiknya kita mendoakan saja kebaikan untuk dia," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain