suria

Graduan tak reti bahasa Inggeris sakit hati kena ‘reject' bakal majikan, orang pandai ‘goreng’ pula dapat kerja - “Tak adil dunia ni!”

Kemahiran komunikasi merupakan elemen penting dalam mencari pekerjaan. - Gambar hiasan

KEMAHIRAN berkomunikasi menggunakan bahasa ketiga merupakan nilai tambah terpenting dalam mencari pekerjaan.

Buktinya ramai graduan yang tidak berjaya menempatkan diri dalam mana-mana sektor dan industri disebabkan tidak menguasai kemahiran berkomunikasi.

Berhadapan situasi tersebut, seorang graduan kejuruteraan mengakui dia terpaksa menganggur kerana tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kos sara hidup mendorong graduan melakukan apa sahaja pekerjaan. -Gambar hiasan The Star

Kos sara hidup mendorong graduan melakukan apa sahaja pekerjaan. -Gambar hiasan The Star

Ujarnya, sungguhpun berjaya memperoleh ijazah kelas pertama namun dia bagaikan tiada peluang dalam bidang yang ingin diceburi hanya kerana tidak dapat menguasai bahasa ketiga itu.

"Aku ni belajar dalam ijazah engineering dengan kelas pertama, tapi bab English gagal. Sekarang menganggur cari kerja tak dapat-dapat.

"Tak adil dunia ni... apabila pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, kau boleh dapat kerja.

"Penat je aku belajar tinggi-tinggi, akhirnya orang yang pandai goreng apabila bercakap yang dapat kerja," luahnya penuh kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menganggur, siswazah nak sambung belajar lari dari masalah! Tak fikir mak ayah kena tanggung kos - “Awak fikir ada master boleh dapat kerja?”

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan meratap nasib tak dapat kerja best, letih tugas di kedai serbaneka - “Ini normal dik, ramai dah lalui”

Kisahnya itu dikongsikan seorang pelayar X yang merasakan cara berfikir graduan kejuruteraan itu adalah tidak wajar berikutan komunikasi merupakan kemahiran paling penting dalam dunia pekerjaan.

"Kau silap dengan mindset macam ni. Komunikasi salah satu perkara yang paling penting untuk bina kerjaya.

"Tak boleh berkomunikasi, macam mana kau nak yakinkan stakeholders atau pengurusan dengan idea kau? Ubah pemikiran itu," katanya.

Pelik juga ambil kejuruteraan tapi tak pandai berkomunikasi padahal dalam jurusan tu mesti ada semester yang perlukan pembentangan.

WARGA MAYA

Perkongsiannya itu mengundang perdebatan warga maya yang bukan sahaja bercanggah pendapat tetapi turut mempersoalkan pencapaian graduan tersebut.

Malah ada yang menyatakan bekas mahasiswa seperti itu tidak akan diambil oleh mana-mana syarikat kerana akan menyukarkan urusan.

"Sasaran pekerja di syarikat saya bukan pelajar macam ni... Pandai tapi tak smart dan kebanyakannya introvert.

"Bukan maksud pandai cakap bohong, tapi kena pandai meyakinkan orang dan macam mana nak mengurus anak buah kalau gagal berbahasa.

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing.

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing.

"Fair? Pergi sertai kelas bahasa Inggeris dan fokus sampai mahir. Ijazah kejuruteraan boleh skor.

"Pelik juga ambil kejuruteraan tapi tak pandai berkomunikasi padahal dalam jurusan tu mesti ada semester yang perlukan pembentangan," ujar beberapa warg maya.

Pun begitu ada yang beranggapan graduan tersebut bukanlah tidak memahami bahasa asing berkenaan sebaliknya tidak mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi.

"Aku rasa dia faham bahasa Inggeris tapi ada masalah komunikasi dalam bahasa tu. Memang banyak yang jenis macam ni.

"Apabila tak lepas temuduga, cuba berlatih cakap depan cermin. Kalau dah cuba macam-macam kerja mesti tahu antara soalan penemuduga... belajar dan mahirkan teknik berkomunikasi tu," ujar segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain