suria

Encik tunang tuduh ustaz merepek, bengang dapat tahu kerja rumah tugas suami... Paling ‘red flag’ label perempuan suka mengongkong!

Perselisihan faham mengenai sesuatu perkara adalah ujian dalam sesebuah hubungan. -Gambar hiasan

ANTARA elemen penting dalam sesebuah hubungan adalah persefahaman serta berfikiran matang.

Bagi mereka yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, dua ciri ini 'wajib' ada pada pasangan masing-masing supaya rumah tangga yang dibina kelak kekal harmoni.

Sudah menjadi adat, setiap perhubungan tentu ada pasang surutnya namun ia pasti dapat diatasi apabila kedua-duanya matang dalam mengendalikan apa jua situasi.

Jika sebaliknya, tidak mustahil hubungan tersebut kecundang di tengah jalan sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita mengenainya sikap pasangannya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, hubungan dia dan tunangnya kini dilanda masalah hanya kerana lelaki tersebut 'sentap' disebabkan isu kecil.

tunang 2

Suami juga perlu bertolak ansur dan membantu isteri melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

"Saya dah bertunang dan bakal berkahwin tak lama lagi. At first semua okay je. Dulu di awal perhubungan, tunang saya seorang yang sangat sweet.

"Sebelum bertunang, saya tak pernah tanya soalan-soalan seperti nafkah, tanggungjawab suami dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan selepas kahwin.

"Baru-baru ini kami menghadiri kursus kahwin bersama. Ketika ustaz beritahu yang tugas-tugas memasak, mengemas rumah, jaga anak dan sebagainya tu adalah tugas suami, tunang jadi sentap.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tampar ex-GF gara-gara video dituduh curang! Mangsa tak duduk diam, melawan tarik rambut - “Boleh tahan fighter kau kak”

ARTIKEL BERKAITAN: "Sekali aku pukul, sampai kahwin aku pukul kau" - Wanita ketakutan diugut bakal suami dipercayai anggota keselamatan

"Tunang saya cakap yang itu semua b******t. Habis tu perempuan buat apa... mengangkang saja?" luahnya sepertimana yang dikatakan oleh tunangnya itu.

Ujar wanita tersebut, dia sudah cuba memujuk tunangnya dengan menerangkan mengenai keperluan tugas suami isteri namun lelaki tersebut tetap berkeras dengan pendiriannya.

"Tunang tetap insist yang ilmu ustaz ajar tu merepek. Saya rasa turn off. Rasa macam apa bebal sangat benda kecil nak diperbesarkan.

"Kemudian untuk menjernihkan keadaan, saya cari informasi pasal ini dalam Google. At the same time, saya pun belajar hal yang sama supaya senang nak present dekat tunang nanti.

tunang 3

Merajuk atau mendiamkan diri apabila berlaku perselisihan faham hanya akan merumitkan hubungan. -Gambar hiasan

"Tapi sayang, tunang fikir saya memandai dan dah rancang untuk jadi queen control. Bodohlah... nak control apanya? Orang kongsi ilmu kot," luahnya kecewa.

Lebih memburukkan keadaan, wanita tersebut berkata sejak peristiwa itu, tunangnya mengambil pendekatan melancarkan 'perang dingin' terhadapnya.

"Sekarang tunang tengah buat silent treatment. Tak nak baca WhatsApp, tak nak bercakap apabila saya call. Beberapa hari bolehlah saya layan rajuk dia.

"Saya pujuk, slow talk... tapi dia tetap nak berdiam diri. Sumpah macam bodoh. Dia lelaki kot... dah kenapa nak switch kerja merajuk memujuk ni?" ujarnya lagi.

Bertuah anon dapat detect awal. Ramai perempuan dekat luar sana apabila dah kahwin baru sedar.

NETIZEN

Kecewa dengan sikap tunangnya itu, wanita tersebut berkata dia berasa tawar hati untuk meneruskan perhubungan mereka.

Malah dia sendiri sudah tidak menghubungi lelaki tersebut memandangkan setiap usahanya untuk memperbaiki hubungan mereka tidak dihargai.

"Kadang saya rasa, is this sign from Allah yang tunang ni bukan jodoh saya? Sebab seriuslah, bab simple macam ni pun boleh digaduhkan.

"Saya tak nak kahwin dengan orang yang tak boleh communicate dan solve the problem together," akhirinya.

Perkongsian wanita tersebut yang disiarkan di laman X @twtsecretsmy mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan pandangan masing-masing.

Rata-ratanya menyarankan supaya wanita tersebut 'mengundur diri' memandangkan tunangnya sudah menunjukkan tanda-tanda 'redflag' biarpun belum melangkah ke alam perkahwinan.

komen tunang

Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Allah dah tunjuk dah perangai tunang. Harap anon solat istikharah minta sungguh-sungguh petunjuk daripada Allah.

"Daripada apa yang saya baca, dia seorang yang panas baran sikit dan tak boleh dengar apa orang nak cakap. Dan rasanya dia dah set dalam minda dia itu semua isteri kena buat dan kalau kahwin nanti you akan jadi maid dia.

"Bertuah anon dapat detect awal. Ramai perempuan dekat luar sana apabila dah kahwin baru sedar," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain