suria

Paling rare! Asyik patah, tuan rumah nekad buat katil konkrit... Netizen gurau macam kubur, tapi ramai puji boleh terus mandikan jenazah

Katil konkrit yang dibina turut dihiasi dengan jubin.

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti binaan yang menyerupai kolam cetak atau kubur bukan Islam.

Namun siapa sangka binaan di sudut sebuah rumah ini adalah katil konkrit yang diperbuat daripada simen dan dihiasi dengan jubin.

Menerusi satu perkongsian di grub Facebook, seorang wanita mengambil keputusan untuk membuat katil konkrit memandangkan bahannya lebih kukuh berbanding kayu atau besi.

"Siap juga akhirnya. Katil ni boleh guna seumur hidup, dah bosan katil asyik tukar aje sebab patah.

Katil yang dibina sepenuhnya menggunakan simen.

Katil yang dibina sepenuhnya menggunakan simen.

"Kali ni tak risau dah, hanya tambah jubin bagi nampak cantik," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Beberapa gambar turut dimuat naik, menunjukkan proses katil tersebut dibuat sehingga selesai dipasang jubin.

Pada bahagian tengah katil pula sengaja dibuat seperti 'lekuk' untuk memuatkan tilam.

Hantaran tersebut menjadi tular sehingga dikongsi lebih 400 kali.

Rekaan 'katil batu' itu meraih perhatian ramai sehingga ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk di kampung kena kreatif, bapa sembur air sejukkan atap zink... Guna kaedah siram kebun sayur - “Nak pasang aircond mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pandai ambil hati, suami sanggup berhabis! Rancang kejutan, diam-diam bertukang ‘renovate’ rumah kampung jadi kediaman impian

Kebanyakan komen berunsur lucu apabila netizen bergurau dengan membandingkan katil konkrit itu dan perkuburan bukan Islam.

"Ingatkan 'Nirvana Memorial Park', cuma tertinggal gambar hitam putih je dekat kepala katil. Lagi satu nak pesan, rumah ni tolong jangan dijadikan homestay ye, takut terperanjat penyewa nanti," demikian antara komen netizen.

Meskipun binaan katil konkrit tersebut dianggap sebagai 'rare' kerana jarang dilihat, namun sebenarnya ia bukan perkara baharu bagi mereka yang tinggal di kampung.

Menurut komen beberapa netizen, katil konkrit sebenarnya dibina bertujuan untuk menjadikannya sebagai tempat mandi jenazah jika berlaku kematian dalam kalangan penghuni rumah tersebut.

Sebahagian komen warga maya yang mencuit hati.

Sebahagian komen warga maya yang mencuit hati.

"Rumah arwah tokwan saya ada buat ala-ala macam ni... siap ada saluran air untuk mandi jenazah. Akhir hayatnya di situ dan mandi jenazahnya di situ... semua urusan di situ.

"Aku pernah pergi satu rumah ni, rumah kampung. Dia buat katil macam inilah. Lepas tu ada satu lubang air. Memang dia buat untuk mandi jenazah bagi keluarga yang meninggal dunia. Hebatkan, sentiasa ingat mati," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga berpandangan tindakan membina katil konkrit sebagai idea yang sangat bernas dan praktikal.

"Idea untuk rumah yang selalu kena banjir. Boleh letak barang-barang.

"Tak perlu nak periksa tikus, ular, kucing beranak atau hantu bungkus.

"Bagus katil ni. Jangan kata anak melompat, mak pak nak melompat pun tak ada masalah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain