suria

Respek abang Grab! Sanggup mencangkung dalam air bersihkan saluran tersumbat... Hero penyelamat banjir kilat

Seorang rider Grab dan orang awam membantu membersihkan saluran tersumbat.

BANYAK perkongsian di media sosial memaparkan kelibat pekerja penghantaran (rider) yang sentiasa menghulurkan bantuan dalam apa jua situasi.

Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang rider Grab yang bertindak membersihkan saluran tersumbat di jalan raya selepas laluan tersebut ditakungi air.

Menerusi video berdurasi 1.51 saat yang dikongsikan pemilik akaun TikTok, Sabarudin Ishak, kelihatan rider tersebut bersusah payah membersihkan saluran atau longkang dan langsung tidak menghiraukan keadaan badannya yang basah kuyup.

Kelihatan juga seorang lelaki dipercayai orang awam yang turut bersama-sama membantu rider berkenaan.

Laluan tersebut ditakungi air kira-kira sehingga paras peha, menyebabkan kenderaan tidak dapat melepasinya dan mengakibatkan kesesakan.

GRAB 2

Laluan berkenaan dapat dilalui kenderaan selepas air surut.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak pada petang Jumaat, susulan hujan lebat yang melanda ibu negara dan video tersebut dirakam dari sebuah bangunan pejabat berhampiran.

"Bagus betul abang Grab ni... terbaik!" tulis pemilik akaun pada ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider dapat rezeki luar biasa selepas baiki basikal kanak-kanak istimewa nak ke surau - “Tak mudah orang nak bagi sebanyak tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai buat tak nampak koc pink! Mujur ada abang rider, berani hambat lelaki keluar ruang khas wanita

Dalam perkongsian berasingan, pemilik akaun itu memuat naik pula video memaparkan anggota polis dibantu orang awam termasuk rider Grab menolak kenderaan yang terkandas selepas air mulai surut.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 337,000 jumlah tontonan di TikTok, selain dibanjiri dengan pujian warga maya terhadap rider serta orang awam berkenaan.

KOMEN GRAB

Netizen memuji rider berkenaan di ruangan komen.

"Besarnya pahala abang Grab tu.

"Kebanyakan abang-abang rider banyak membantu apabila ada bencana.

"Tak pasal-pasal abang Grab buat kerja part-time. Salute!" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain