suria

Pantang nampak gerai pasti singgah! Lelaki teringat kisah ‘ubi badak’ dengan mak mentua - “Memang aku patah balik beli”

Aktiviti ekonomi boleh dirancakkan dengan sokongan pembeli. -Gambar hiasan

BERNIAGA di kedai atau gerai merupakan antara pilihan popular bagi mereka yang mahu menceburi bidang keusahawanan.

Namun memiliki sebuah perniagaan bukannya mudah, keuntungan yang diraih bergantung kepada kehadiran pelanggan, satu faktor yang ada pasang surutnya.

Menyedari hakikat sedemikian, seorang lelaki berkata dia senang hati membeli juadah dari warung, bukan semata hendak mengisi perut kosong, tetapi bagi membantu peniaga.

Peniaga di gerai sering berhadapan dengan pelbagai cabaran. -Gambar hiasan

Melalui satu perkongsian di Facebook, lelaki yang senang disapa Fadamir itu berkata seakan menjadi kemestian buatnya untuk singgah ke mana-mana gerai apabila keluar bercuti.

"Aku teringat dekat arwah mak mentua aku. Arwah kalau naik kereta dengan aku pergi berjalan atau bersiar-siar, dia mesti akan senyap tak mahu cerita tentang makananan.

"Apa-apa sahaja makanan seperti kuih-muih yang terlintas di fikirannya, dia senyap, sebab dia tahu kalau cakap pasti aku akan singgah beli.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib order tomyam ‘campur’ tapi dapat lauk lebih murah... Pelanggan kempunan mengadu, layanan pula menyakitkan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Jual nasi berlauk RM4 dikecam, marah guna perkataan ‘bajet’ tarik pelanggan! Peniaga Tumpat senyum je, syukur hari-hari ‘sold out’

"Pernah sekali tu, waktu keluar jalan, aku terdengar perbualan antara arwah dengan anak-anak aku. Dia cakap, sini banyak jual ubi badak, sedap buat kuih pengat, ada juga rebus macam tu je makan dengan kelapa dan gula.

"Kejap lagi mesti abah kamu patah balik beli tu. Dan betul, memang aku patah balik beli ubi badak yang dijual di tepi jalan tu, sekali dengan putu halba gerai sebelahnya," kata Fadamir.

Menurut Fadamir, walaupun kini ibu mentuanya sudah dijemput Ilahi, dia masih ringan tangan untuk membeli daripada gerai yang ditemuinya di tepi jalan.

Sebagai penjaja tepi jalan rasa gembira dan bersyukur sangat jika ada pelangan yang singah beli jualan kita.

WARGA MAYA

"Kini mak mentua dah tiada, yang tinggal hanya kenangan. Aku tetap singgah membeli seperti biasa... apa saja yang aku nampak di tepi jalan.

"Beli bukan sebab kita nak sangat pun makanan tu, tapi sebab kita nak support peniaga tepi jalan seperti ini.

"Aku pernah berada dalam situasi seperti mereka juga sebelum ini, gembira yang amat apabila nampak orang berhenti dan beli barang yang kita jual.

"Kepada peniaga pula, jagalah kualiti dan maniskan mulut. Insya-Allah ramai yang akan berhenti untuk beli barang jualan kita," kata Fadamir menutup bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya yang pernah bergelar peniaga turut mengakui berasa gembira jika ada yang sudi singgah ke gerai jualan mereka.

"Betul, saya sebagai penjaja tepi jalan rasa gembira dan bersyukur sangat jika ada pelangan yang singah beli jualan kita. Saya pun suka membeli, hasil belian saya sedekah dekat orang.

"Saya pun tak ada la minat sangat makan-makan, cuma suka membeli sebab nak tengok senyuman peniaga tu bila kita datang singgah.

"Kadang benda yang kita nak beli tak ada pun dekat kedai tu, tapi kita beli juga sebekas apa yang dia jual sebab nak tengok peniaga tu happy," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain