PERCUTIAN dengan mendekatkan diri dengan alam semula jadi pastinya menenangkan jiwa. Namun, seseorang itu harus sentiasa berwaspada memasuki hutan lipur untuk berrekreasi kerana mungkin ada bahaya yang menanti. Begitulah kisah ngeri wanita ini apabila seorang rakannya nyaris lemas ketika mereka bermandi-manda di sebatang sungai di Lata Berembun, Negeri Sembilan. Kejadian mendebarkan menimpa wanita ini dan rakannya. Melalui satu perkongsian di TikTok, ramai terkejut apabila melihat insiden tersebut berlaku di bahagian sungai yang diperhatikan cetek airnya dari luar. Dalam video itu, wanita tersebut yang baru tiba di lokasi sedang menikmati keindahan alam apabila seorang rakannya yang teruja langsung melompat masuk ke dalam sungai. ARTIKEL BERKAITAN: Terpesona lihat bunga ros muncul depan mata, dua gadis tiba-tiba lemas! Pelik geng abang motor tak bantu walau jerit minta bantuan ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Anak sempat tunjuk gambar mak ayah dekat kucing sebelum lemas dalam tong air ketika dimandikan bapa "Aku baru nak record acah-acah healing, sekali dia terjun dekat tempat yang dalam tu. Aku tak sempat nak beritahu pun lagi, biar betul dia ni," getus wanita itu. Nyata tindakannya membawa padah, rakan wanita berkenaan terus memasuki mod panik, tangannya terkapai-kapai apabila kakinya tidak mampu mencecah dasar kerana paras air yang dalam. Ketika si rakan sedang bergelut di dalam air untuk terus bernafas, wanita tersebut pantas bertindak menariknya keluar. "Ehh aku tengok asal macam nak lemas je, cepat-cepat aku capai tangan budak Ita, Allahuakbar," kata wanita itu. Tip nak mandi tempat-tempat macam ni, kalau air tu warna kehijauan, maknanya tempat tu dalam. WARGA MAYA Mangsa kelihatan terbatuk-batuk selepas ditarik ke tebing kerana tertelan air sungai. "Dalam kak, takut, dah la, tak jadi nak mandi," kata rakan tersebut sambil diperhatikan seorang lagi kawan mereka yang turut berderau darah menyaksikan kejadian itu. Wanita itu bersyukur semuanya selamat dan berharap rakannya lebih berhati-hati ketika berada di tempat yang tidak diketahui keadaan persekitarannya. "Alhamdulillah selamat, tapi lepas tu jadi bahan gelak kejap. Aduhai budak Ita ni, buat hal la, main bantai je terjun. Nasib tak jadi apa," katanya. Sebahagian ciapan balas warga maya di X (Twitter). Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkongsikan tip untuk menentukan jika sungai yang dikunjungi selamat untuk aktiviti riadah. "Tip nak mandi tempat-tempat macam ni, kalau air tu warna kehijauan, maknanya tempat tu dalam. Lagi satu, kalau nak masuk sungai, masuk perlahan-lahan, uji kedalaman dulu, jangan terus redah. "Jangan main-main dengan laut atau sungai, mereka yang mahir berenang pun boleh kecundang di sini. Seronok tu biarlah berpada-pada. "Hanya yang hampir lemas je tahu perasaan lepas dapat keluar dari air, trauma. Kalau nak mandi, nak mandi air yang cetek je lepas tu," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube