suria

Derita dibuang keluarga, BF pun cari perempuan lain... Mental wanita lahir anak tak sah taraf ‘koyak’, mahu cabut nyawa bayi sendiri

Anak adalah anugerah terindah buat setiap wanita. -Gambar hiasan

SETIAP manusia pasti tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Namun pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua hamba-Nya.

Apa yang paling penting adalah menyesali dosa yang dilakukan dan tidak lagi mengulanginya selain terus memandang ke hadapan dan membuka lembaran kehidupan baharu.

Demikian juga dengan perkongsian kisah wanita ini yang mana benar-benar meruntun jiwa warga maya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya ini, dia tersilap langkah akibat terlalu mengikut darah muda sehingga akhirnya hamil anak tidak sah taraf.

"Saya macam denial tengah preggy, alahan bengkak kaki semua tu saya sorok sehabis boleh. Saya tak ada niat nak gugurkan tapi saya tak jaga kandungan juga sebab tak pergi check-up langsung.

"Kenapa tak pergi check-up? Sebab saya takut kena ceramah dengan nurse... tak kahwin lagi dah mengandung.

"Saya dating dengan teman lelaki macam biasa, dia pun tak perasan sampailah kandungan cukup sembilan bulan. Kenapa tak beritahu sesiapa? Sebab takut ditinggalkan boyfriend," ceritanya.

3

Ketika hamil, seseorang wanita seharusnya mendapat sokongan daripada pasangan serta keluarga. -Gambar hiasan

Sehinggalah kandungannya semakin sarat, wanita itu mula mencari keluarga angkat untuk bayinya di Facebook namun usahanya tidak berhasil, membuatkan dia sedikit runsing.

Apabila tiba waktu untuk bersalin, wanita itu berkata dia melahirkan bayinya seorang diri di bilik sewa yang dihuninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas terlanjur janji nak kahwin, tiba-tiba pemuda tukar fikiran... Buka cerita kekasih tidur dengan ramai lelaki - “15 orang termasuk saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah sentuh dia” - Pemuda ada kekasih difitnah hamilkan ex-GF, ayah paksa jadi pak sanggup

"Kebetulan rumah kosong... yang lain ada yang balik kampung dan cuti semester. Saya lahirkan baby girl yang cukup sifat, sihat seorang diri secara normal.

"Sebaik saja keluar, dia menangis dan saya terus breastfeed... saya sebak sebab dah menjadi seorang ibu. Lepas dua jam, saya call teman lelaki beritahu dah bersalin dekat bilik sewa.

"Dia marah cakap saya bersalin anak siapa-siapa padahal saya berhubungan dengan dia saja. Dia cakap, dia tolong hantar hospital je, lepas tu pandai-pandai handle sendiri," kongsinya.

Selepas dirawat selama tiga hari, dia akhirnya dibenarkan keluar hospital namun satu lagi kesulitan yang perlu ditempuhi.

Salute kamu sis... bukan jenis yang meminta-minta. Moga Allah permudahlan semua urusan di dunia dan akhirat.

NETIZEN

"Hospital perlukan penjaga untuk saya keluar... memang itu prosedurnya. Nak tak nak, terpaksa call ibu bapa. Jadi bermulalah drama air mata... ibu bapa kecewa sangat.

"Diorang tak dapat terima keadaan saya masa tu. Mereka nak jaga saya je, baby tak nak. Saya tak nak buang baby tu sebab dah sayang. Jadi saya berpantang sendiri dan jaga baby sendiri.

"Saya tawakal je berbekalkan duit simpanan yang cukup-cukup makan," ceritanya.

Bagaimanapun lama kelamaan, simpanannya semakin menyusut dan dia buntu memandangkan keluarga dan teman lelaki sudahpun membuangnya serta tidak dapat dihubungi lagi.

Mujurlah dia masih mempunyai kawan yang sudi meminjamkan wang di waktu kesempitan.

"(Mental) saya 'koyak' dan badan makin susut, rambut gugur teruk, susu badan pun dah stop sebab terlampau stres. Ada sampai satu tahap rasa macam nak bunuh baby.

"Tapi apa yang buat saya berhenti, baby mengigau ketawa masa tidur. Masa tu saya fikir, Masya-Allah, ini satu-satunya sokongan yang saya ada, takkan tergamak nak bunuh anak sendiri.

"Jadi apa yang saya buat? Saya perbaiki hubungan dengan Allah, bertaubat sungguh-sungguh. Saya doa 'Ya Allah kau permudahkan urusanku untuk menjaga amanah ini sebaik-baiknya'.

"Hari demi hari, kesihatan mental saya makin okay, saya fokus cari rezeki untuk kami berdua. Baby pun dah nak setahun. Saya dah ada kerja tetap dan baby dihantar dekat pengasuh," kongsinya.

Sungguhpun kehidupannya semakin baik, wanita ini sedih kerana keluarganya masih tidak dapat menerima diri serta anak kecilnya sehingga kini.

2

Membesarkan anak seorang diri semestinya bukan calang-calang cabaran buat si ibu. -Gambar hiasan

"Tak apa saya reda... mungkin ini balasan derhaka dengan Allah. Teman lelaki pun dah ada orang lain, tak pedulikan anaknya. Sekarang saya cuma fokus besarkan anak dan bekerja," akhirinya.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 144,000 jumlah tontonan di laman TikTok.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati dengan nasib wanita tersebut namun dalam masa yang sama kagum dengan semangatnya yang kuat biarpun hebat diuji.

"Bahagian paling best, apabila bertaubat, perlahan-lahan Allah mudahkan urusan.

"Salute kamu sis... bukan jenis yang meminta-minta. Moga Allah permudahlan semua urusan di dunia dan akhirat.

"Kuatnya awak... anggap ini ujian untuk Allah nak angkat darjat awak sebab mampu bertahan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain