suria

Mula-mula malu seluar sangkut pada troli, tapi berubah lepas hero Sabah muncul... Kepingin lekat lagi! - “Abang tu pun handsome”

Wanita ini menceritakan kisah disebalik kain tersangkut pada troli yang tular di TikTok.

INSIDEN memalukan apabila seluar tersangkut pada roda troli di sebuah pasar raya pada Isnin lalu masih segar dalam ingatan wanita ini.

Menurut Nur Hailisya, 23, kejadian memalukan itu berlaku sewaktu dia bersama sepupu dan ibu saudaranya pergi ke pasar raya dalam pusat beli belah Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah untuk membeli barang dapur.

"Waktu tu kami tengah cari troli sebab dekat luar tak ada. Kami pun pergi dekat bahagian sejuk beku. Ada seorang abang tu tengah pegang troli yang banyak.

"Saya pun ambil troli daripada abang tu tapi dia cakap troli tu tak berapa okey. Saya pun pilih yang elok sikit. Tapi kebanyakannya troli tu tayar dah senget.

"Tak sampai satu minit pun lepas saya tolak troli tu, saya sedar hujung kaki seluar saya dah melekat dekat roda troli," katanya kepada mStar.

Susulan itu dia dan sepupunya mula 'bergelut' untuk cuba mengeluarkan seluar daripada roda berkenaan namun gagal.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanja RM5,000 di pasar raya, tiada staf tolong tolak troli... Kieda mohon maaf ’salah tone suara masa bergurau’

ARTIKEL BERKAITAN: Hari nak hujan, nenek masih setia kutip botol sambil tolak cucu dalam troli... hanya tenung wang disedekahkan seorang usahawan wanita

Namun mereka akhirnya lega apabila pemuda yang menjaga troli tadi akhirnya tampil menghulurkan bantuan.

"Daripada jauh lagi dia dah tengok gelagat kami. Saya pun pusing belakang dan beritahu yang seluar saya tersangkut. Terus dia berlari datang dekat saya.

"Saya tak panggil pun tapi dia yang datang. Lebih kurang dua minit juga dia cuba tolong saya keluarkan seluar tu.

"Dia tarik kain tu berhati-hati takut seluar saya koyak," jelasnya sambil memuji-muji keprihatinan pemuda yang berasal dari Sabah itu.

Wanita ini pernah memakai pakaian yang sama sebelum ini.

Bercerita lanjut, Hailisya yang bekerja sebagai perunding kecantikan ini berkata pada hari berkenaan dia memakai seluar yang agak labuh.

"Sebenarnya saya pakai seluar tu saiz besar. Sebelum nak keluar tu mak saudara dah tegur nak pergi mana seluar besar-besar ni?

"Saya saja cakap nak pakai pakaian besar sikit tapi tak sangka pula boleh terlekat macam tu. Saya juga ada berikan hadiah coklat kepada pemuda berkenaan sebab sudi tolong masa tu.

Saya saja cakap nak pakai pakaian besar sikit tapi tak sangka pula boleh terlekat macam tu.

NUR HAILISYA

"Tapi banyak kali juga dia cuba tolak sebab katanya dia ikhlas tolong saya. Malah dia pula siap minta maaf sebab terkoyakkan seluar saya," imbas anak bongsu daripada enam adik-beradik ini lagi.

Perkongsian gadis itu mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan di TikTok.

Namun rata-rata mereka lebih tertarik dengan kenyataan Hailisya bahawa pemuda Sabah mempunyai cara percakapan yang lemah lembut.

Hailisya berasal dari Sungai Petani, Kedah.

"Saya dulu bercinta dengan seorang anggota tentera dari Sabah tapi jodoh kami tak panjang sebab berlainan agama. Tapi saya akui memang orang Sabah ni semua baik-baik.

"Orang Sabah ni baik, soft-spoken dan setia berdasarkan pengalaman. Abang tu pun orangnya pemalu sebab masa bercakap waktu tolong saya tu dia tak tengok muka.

"Masa dia tolong saya tu adalah timbul rasa suka dekat dia tu tapi risau juga mungkin orang lain punya... lagi pula abang tu pun handsome.

"Tapi saya tak harapkan apa-apa cuma berangan supaya kain tersangkut lagi agar dia boleh tolong," ujarnya secara berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain