MENJENGAH ke akaun media sosial dua anak muda ini, pastinya warga maya terpukau dengan setiap kreativiti yang dihasilkan. Bermula dengan binaan dapur rumah untuk ibu tercinta, pasangan kembar Muhammad Abid Othman dan abangnya, Muhammad Amin mula dikenali ramai. Malah beberapa video yang memaparkan kreativiti mereka menjadi tular sehingga ada yang ditonton hampir 9 juta pelayar TikTok selain turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mana tidaknya, video yang dipaparkan bukan sekadar hasil kreatif semata-mata sebaliknya turut menunjukkan cara untuk melakukannya menggunakan bahan berasaskan tempurung kelapa. Seperti lampu untuk bahagian luar rumah ini yang turut mendapat perhatian warga maya. Meskipun ramai yang menyatakan lampu tersebut kelihatan seperti ‘penanggal’ apabila dipasang namun ia memberikan impak cantik pada ruangan. ARTIKEL BERKAITAN: Kembar seiras ini sama kacak, sama pekerjaan tapi perangai tak serupa... enggan hanyut dengan pujian - “Pernah bergaduh, tapi sekejap saja” ARTIKEL BERKAITAN: “Macam budak dapat 10E dalam SPM” - Kembar buat live NPC dibandingkan dengan ANC Khairul Aming Tambahan pula ia dihiasi dengan pokok renek yang berjurai. Berkongsi kisah kepada mStar, Muhammad Amin berkata, dia dan kembarnya gemar menghasilkan content kreatif. “Idea tu datang spontan daripada apa yang berlaku contohnya mak parut kelapa dan nak buang tempurung. Amin dan Abid merupakan graduan UiTM yang berjaya peroleh ANC. “Jadi kami tukarkan tempurung kepada sesuatu DIY (do it yourself) yang boleh digunakan seperti lampu,” ujarnya. Gemar menghasilkan rekaan kreatif, dia yang mesra disapa Amin mengakui tidak menyangka produk tersebut akan mendapat permintaan tinggi. Malah ia mampu memberi pulangan dan menjana pendapatan lumayan. Kami sembilan adik beradik... cuma kami sahaja yang minat dalam mereka cipta kerana mengikuti jejak ayah. MUHAMMAD AMIN “Setakat ini kami jual tempurung kelapa yang dijadikan content baru-baru ini... sama ada lampu mahupun bola pokok bunga hiasan” katanya yang aktif menjalankan perniagaan atas talian. Pun begitu, bisnes yang dilakukan itu lebih kepada penghasilan rekaan baju. Menurut penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Rekaan Industri (Major Pengangkutan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, bakat yang dimiliki adalah diwarisi daripada ayah mereka. Sebahagian ahli keluarga mereka. “Kami sembilan adik beradik... cuma kami sahaja yang minat dalam mereka cipta kerana mengikuti jejak ayah. “Insya-Allah kalau diizinkan Allah nak kembangkan bisnes lagi supaya dikenali di Malaysia dan serba sedikit dapat tolong mak ayah serta mereka yang memerlukan di luar sana,” tambahnya yang kini berusia 23 tahun. Bukan itu sahaja, anak jati Seri Manjung, Perak ini juga pernah menghantar 40 rekaan model kereta kepada salah sebuah jenama kenderaan terkemuka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube